20081130

letihlah

aku ini gila ke apa?
hilang sabar,
amuk sana sini,
sudahlah, nuridrin.
letihlah dengan emosi.

--------------------------------------------------------------------------------------------

owh, telur dalam fridge da tinggal satu,
baru ingat nak gorengkan telur dadar,
macam malam sudah2,
masak cincai kata orang tua2,
few malam yang sudah aku masak la,
haha!
alah, goreng telur dadar, sup sayur bayam..
dan, habis!
hehehe..
sebab adik2 tak tahu aku yang masak,
kalau tak, siapa la yang nak makan, kalau aku yang masak..

owh.
sebenarnya,
susah tanpa umi dan abah mengawasi.
rindu lagi!
sudah besar2, aku jarang dibebel umi,
jarang ditegur2 abah..
sewaktu aku mula2, dewasa,
jenuhhhhhhh!
hari2 ada je yang akan dibebel umi, ditegur abah.
aku perhati2 kan, adik2 jarang mengalami pengalaman aku ini..
kerana aku eksperimentasi pertama..
hehe.. tak kisah pon,
ini istimewa anak sulung, kot!

cuti semester yang ini,pendek!
5 minggu mungkin.
dan seminggu yang pertama sudah tamat.
huuuuu~
semester akan datang, semester membunuh!
4 killer subject school!
aku ulang, empat!
dengan 4 jam kredit setiap satu.
aduhhhhh!
cepat la graduasi!
huhu..

dalam 2 semester lagi, latihan industri.
praktikal di mana nanti?
belum cari!
belum fikir!
huhu..
tapi, ibu imran sudah menguar2kan untuk aku mohon di tempatnya,
erm..
mahu fikir nanti!
bila semester mula..

p/s: nanti aku tambah lagi.haha!

selamat malam, aku sudah separuh sedar.

sebelum aku ke bilik umi dan lena.

-kadang2, hidup tak semudah yang kita fikir dan mahu,,tapi, sepalat mana pun kita rasa hidup, dan betapa banyak pun esok ada untuk kita, hari ini tetap paling penting, kan?nikmati..dengan atau tanpa masalah2-


lapa.

esok tak ada apa.
bosan, kosong.
hey budak kecil rumah ini,
sila tgk adik2 di sanaaaa!
pergi sungai buloh ye awk,
tggl kite tade bntal peluk mlm ni.
tgk!
tak tdo2 lagi.
huhu.

jangan tanya hati aku,
sedang mengubat sendiri.
esok tak baik lagi?
tak apa,
lusa ada.
tulat pon boleh.
sudah harus lali.

20081129

tiba2, aku rasa jadi hero.
haha!
hero yang tak perlu kuasa psikik,
atau teleport,
atau mind reader..
haha.

learn.

ku baru belajar sesuatu,
apapun,
cuba dan cuba.
dan belajar dari silap.
ingat ye kwn2,
pelajari sesuatu dari kesilapan,
dan pengalaman akan buat aku ketawa dalam satu emosi lain satu masa nanti.
kan?

dulu loser

dan tiba2 aku terasa betapa dulu2,
beberapa tahun yang lepas,
kalau aku tak begitu memaksa diri untuk menjadi yang dilihat,
VISIBLE!
maka aku tak perlu rasa bodoh tiba2 hari ni,
aku menggodek2 friendlist di myspace,
menggodek2 page teman2 sekolah lama,
yang di sekolah rendah ke menengah,
and so on,
yang aku syukuri adalah kehidupan sekarang lebih baik dari dulu,
setidaknya sekarang,
kalau aku tak diterima semua bagai pop star,
atau roksta,
aku ada lingkungan kecil yang menyenangkan,
yang membahagiakan,
sebab aku mengenang aku yang dulu,
kambing hitam,
yang melakukan apa saja untuk diterima golongan yang aku mahu dekati,
just to be visible,
ouhhhhhhh!
apakah itu?
seperti, perlu ke apartment tatty,
supaya izzy kawan sama aku?
atau supaya tatty dan kwn2 hebatnya kawan sama aku..
huarghhh!

(ini satu sebab aku benci cuti duduk saja..aku akan menerawang begini)
maka,
dulu aku loser,
sekarang aku rasa bernyawa,
aku tak perlu bimbang dan gusar banyak,
aku ada teman paling sejati,
diri sendiri!
itu kalau aku kene tinggal sorang2 lagi la,
sekarang aku punya lingkungan yang amaaaaaaatttt aku sayang,
family pon kawan ape?
dan, kawan2 itu family,
jangan kacau,
aku ancam ni!
haha

lain, baru.

aku mahu menulis sesuatu untuk aku lagukan,
untuk aku nyanyikan,
kerana ada masa aku bosan dengan lagu2 dalam playlist yang sama,
yang kemudian aku update,
dan biar untuk beberapa waktu,
dan, ya..
masih yang sama..
aku mahu membuat kelainan sedikit.
mungkin..

jangan paksa tidur.ini bukan bayi.

apabila mata yang tidak mengantuk disuruh tidur,
maka aku akan terkebil-kebil dalam gelap.
kemudian aku bosan.
haha.sudahnya, aku bangun dan mengadap dadah ini.
ya, memblogging ini bagai dadah.
internet ini juga dadah..
dadah yang menyusahkan, kalau disalahpakai..
owh, nad sudah tag aku untuk melakukan sesuatu..
nanti oke sayang..
playlist ada dalam lappy, bukan di lappy abah..
huhu..

20081128

aku bercerita pula.

semua orang pun tak sempurna, kan?
aku tahu, semua tahu..
tapi dalam ketidaksempurnaan kita sebagai manusia biasa,
membuat orang menunggu bukan sesuatu yang tidak boleh untuk tidak dielakkan, kan?
contoh,

aku ada barang yang teman kirimkan..
teman aku, nani, kirim pada teman yang lain, nina..
dan barang itu akan nina sampaikan pada aku,
kerana jarak lokasi nina dan aku lebih dekat dari lokasi nani dan aku..
maka, sudah dipermudahkan urusan aku mengambil barang milik aku..
lantas, aku sudah janji sama nina,
ambil di klcc, sebab aku dan rakan2 ada acara di klcc..
sehari sebelum ambil barang, aku konfemkan jadi semua yang direncanakan..
esok, hari janji tiba..
aku hubungi nina, katakan padanya,
"nina, i tunggu you di one utama lah..u datang sini okay?"
dan nina kebetulan belum keluar dari rumahnya lagi..
dan iyalah, tukar lokasi..

lantas apa rasa nina?
kalau aku di tempat nina, aku akan kata begini,
'ehhh?tukar lokasi?owhhh, its okay..aku belum keluar pon..'
dan nina ke one utama, dengan public transport..
senang begitu, tambah nina juga belum ada lesen memandu yang sah..
plus, belum punya kenderaan sendiri..

sampai di ou,
aku masih belum sampai..
dan nina, harus menunggu..
erm, let say, satu jam menunggu aku..
MENUNGGU?
kalau aku di tempat nina,
aku pasti fikir begini,
'aduh, kena tunggu pula..'

ceritanya mudah,
aku sudah dipermudahkan urusanku,
dengan nina sebagai orang tengah..
mungkin, aku punya reason untuk menukar lokasi,
dan datang lambat,
tapi abah sama umi selalu pesan,
"don't make people wait for you"
dan iyalah, kalaupun ada,
aku jarang mahu buat orang menunggu,
menyusahkan orang lain,
apatah lagi kerana orang itu pernah, atau bakal berbudi..
aku tak tahu untuk orang lain..



p/s: terima kasih kota lumpur, untuk cerita yang buat aku muhasabah lagi.

--------------------------------------------------------------------------------------

ini selepas sedar dari dunia cerita:

lepas dah post, aku rasa macam,
eiiiiii!poyonya!
hahaha..
tapi aku tak delete kot..
biarlah..
kenangan..
siapa tahu, kalau satu masa nanti aku hilang ingatan,
aku tak la ingat part aku menulis tentang hati je, kan?
ada jugak sedikit sebanyak aku berfiksi merapu..
hahaha!
well, aku jumpa satu lagi tentang aku..

jumaat datang.

dan iya,
selamat datang Jumaat..
hari penghulu segala hari..
semoga hari ini hidup kami2 terus dilimpahi rahmat..
menjenguk ke laman wajib hari2 aku,
*senyum*

tempoh seminggu untuk bersenang lenang sudah hampir tamat..
minggu depan mahu bikin apa ni?
belajar memasak?
*gelak*
dalam banyak2 kerja suri rumah,
memasak adalah sesuatu yang luar kemahiran extra aku..
hahaha..
malu je jadi anak gadis tahu?

mungkin, boleh mula projek membuat beg..
untuk ganti sem depan..

front seat,