20130728

love & hate

kawan baik aku dari samura call tengah hari semalam.
our of sudden. well not really. kata dia phone dia rosak. and dia baru je minta semula nombor aku through facebook hari tu.
banyak kali dia cuba call, to get latest update hidup aku, tapi aku sibuk dengan duniawi luar circle,
maka panggilan dia yang semalam lah baru berjawab.
so we talked. macam biasa, dia akan ungkit kisah aku mengamuk dan merajuk dengan dia masa kami form 5,
gara-gara dia tak mahu kongsi rahsia dengan aku.
dan dia akan ulang2 kata akulah satu-satunya kawan baik dia yang khianat dia.

tapi dalam banyak-banyak benda kami sembangkan,
yang paling terkesan, dia cakap macam ni,
"kau tau tak, kau tu suka peduli kat orang-orang yang tak suka kau lebih, sampai kau tak nampak sebenarnya ramai sayangkan kau"

bila dia cakap macam tu, aku jadi tersentap. bukan terasa hati  ke apa.
but i think what he said is true. and i could actually relates it to my few series of life.

alright, this is how it goes.
awal-awal aku masuk mpsb, aku dah letakkan barrier dalam relationship colleagues to colleagues.
aku cuma kawan dengan seminima mungkin orang.
aku set dalam kepala, it's even better if they know me through my achievement rather than my real life outside of the office.
and i actually behaved that way for quite long.
sampailah aku kena travel out, and keep doing it for several time,
baru aku open up a bit.

still, aku tak berapa nak bagi orang kenal aku personally.
sampai lah earlier this year.
i guess, the ceo was kinda good at this, bringing my real nature out.
the fun side of me out of my shell.
ever since, aku ada attached dengan few more colleagues.
some, even aku layan macam adik-adik.
morning hugs, free hugs at any time needed.
sebab staff office 90% perempuan. so, emotionally attached is much more easier.

tapi still, aku tak rasa yang ada yang take my presence seriously.
sampailah MD jumpa aku, (yang mana aku ingat memang prosedur, tapi sebenarnya tak. he spare his time to personally meet some who wants to leave, not everyone who's about to leave)
and he said "Idrin, I'd like to apologize, for not taking my time, to get to know you earlier than this. I could have done things better to develop you and push you to where you're supposed to be"
tau apa jadi dekat aku?
aku sebak. sebab dia MD. dia tak pernah tengok hasil kerja aku secara langsung,
dia cuma kenal aku melalui other people.
and this is what he added up,
"It's good to know that you know about yourself, you know where you good at and where you're not. Not many people wants to admit that but you did and I'm proud of you"
Tskkkkkkkk~

That evening, kami ada majlis berbuka, yang dihadiri cuma staff.
macam tahun-tahun lepas, sebelum berbuka is sesi bermaaf-maafan.
as MD sendiri yang membuat announcement tentang notis aku,
most of them were shocked. sebab senyap-senyap dan its so sudden.
what surprised me is that, on that particular evening,
when my superiors and seniors shed tears knowing i'm going,
suddenly i felt, 'eh, people notice me. and they actually appreciate my presence'

aku cakap tentang apa aku rasa dekat sorang colleague.
Kak E, sebab dalam ramai-ramai kami memang sangat close berdua.
what comes out from her mouth is even shocking.
"Rin, orang ramai sayang awak. cuma diorang tak tunjuk. sebab tu awak tak tau dan tak rasa"

on my very last day,
i stayed back for iftar. for a final goodbye as a staff of mpsb.
*sigh* this was the only moment that i notice, people had noticed me earlier.
they felt the love i tried to spread.
some, even got affected knowing i'm not going to stay there physically.

at the end of the day,
i feel loved, accepted and appreciated.

you were right, my friend,
i guess from now on, i have to balance.
see both who love and hate me.
care for both equally.






of wedding dream.

menulis dah tak rasa berjiwa bila life is too carefree.
or when you know who reads them.
walaupun kadang-kadang tak ada apa nak fikir sangat pun.

but life has been fine so far.
despite of how scared i am to face this coming monday, or what's next after today.
sometimes, aku tak rasa aku ada masa untuk berfikir sangat pun.
'cause i have several life routines awaits then whenever i open up this interface of new blog post,
there goes my idea.
it all went blank.
suddenly tak tau apa nak kata.

or maybe, 'cause at work i have some close colleagues that i shared with about problem with works,
and at home furballs babies awaits for my adventure of the day.

this is the reality for me. that when i'm down or i'm sad, i write like nuts.
but there are times, like tonight i feel like writing.
tadi masa basuh baju raya merah ang ang (yang aku taktau nak pakai ke tak raya nanti, takut darat sangat je rupa pakai macam tu raya dengan sepupu2),
i have this thought.
AJ ada sebut few weeks ago,
regarding some checklist of wedding planning,
where, he was surprised with something he saw.

for me, boleh kata semua anak gadis have their own dream wedding.
but not all will work for it till the end.
jujur kata, selepas aku tengok dan baca wedding kak fynn, i stopped having a wedding dream.
well pada aku, on the day itself yang paling penting ada bakal suami, ada ummi abah, adik2. for me.
kalau ada saudara mara and close friends, that will be a bonus.
dulu ummi selalu marah sebab aku liat nak ke wedding.
bukan aku ada isu dengan wedding, but i get bored.
sebab everytime pergi wedding, i have no friends to talk to.
kira untung kalau ada adik2 or ummi & abah's close friends.
itu pun, cuma uncle rafi & aunty haa je yang boleh sembang with us.
so, ummi akan bising ckp mcm ni "kamu taknak pg walimah orang nnt takde org datang majlis kamu"

cuak juga dengar. tapi, realitinya sekarang, i don't want people coming just to compare, mommy.
ramai-ramai pun buat apa kalau penuh yang menjuih-juih bibir itu ini tak kena like it's their sons/daughters wedding.
sorry mommy, but some of your ahli persatuan ibu-ibu have that attitude that even dulu after spm, they were so 'worried' of my next step.

back to wedding.
untungnya jadi anak ummi dan abah, rezeki rumah nilai. :)
ada laman, ada taman.
ada ruang sikit dalam rumah.
i just need some space for photobooth.
nikah, masjid.
resepsi, we'll think of a place.
checklist lain, naaaah. i don't need 12 pasang baju.
baju nikah, baju salin satu. kan, awak?
nikah in white, salin tu kita buat merah hitam eh?
tapi colour apa pun boleh. asal baju tu kita boleh ulang pakai untuk raya.
ke untuk majlis rasmi ke.
untuk siapa tahu kalau ada kawan-kawan nak kita jadi pengapit ke, kan?

so yeah,
that's basically what my wedding will look like.
moga abah relax je bila anak sulung dia buat majlis macam koboi.
:D

i don't dream big, remember?
smaller and simpler, the better.
sebab, aku susah nak decide.
apatah lagi aku akan cuba puaskan hati orang.
so, less complicated it is, better.

step 1, dah setel. next, temukan secara rasmi.
whenever you're ready, Arjuna. hiks

20130725

goodbye

so i conclude this 22 months and 17 days of journey here had come to an end.
i'll be going somewhere else.
for the pass almost two years,
been exposed to a whole new world,
new people,
there's ups and downs.
hard and ease through a short journey.
have gain and lost at the same time.

this is a strange feeling i have inside.
but, i bet, He have better plans for me, insyaAllah.

for the time being,
goodbye MyPartners,
its been a pleasure serving the organisation.
great people.
awesome bosses.
super fun team mates.

i'll miss every single moment here.

20130723

jalan masjid india ke jalan tunku abdul rahman

sarung sepasang baju kurung,
sarung sepasang kasut baji,
harung umat manusia.
harung dunia asing.
demi mimpi kita.

saya ingat, kita koboi je.
awak masih diliput adat beresam.
haih, sayang.
awak paling manis.
tak apa, ini hari kurang-kurang kita kena pada dua bentuk.
moga esok jari saya menggemuk, sesuai terus pada yang available

tapi, saya cuma punya satu minggu yang nyata dengan awak.
apa jadi pada jarak dekat kita syawal nanti?

20130721

dreams.

when i was smaller or perhaps younger,
i have so many things i would call a dream.

i want to be an engineer,
i wanna work in an office of my own,
i wanna get married at the age of 22,
i wanna own a car of my own,
i wanna have a wedding by the beach,
i wanna go backpacking somewhere with friends,
i wanna perform on stage,
i wanna do 1001 things and the list goes on.

some, are dreams,
coming true, in a very different way, but still,
i am blessed enough to get the dreams come true.

but some, they remains as dreams and they remain sweet like cotton rainbow-coloured candy.

20130712

time limit

two weeks left.
May Allah ease my journey.

20130707

opposite

people said, opposite character attracts each other.
the question is, do people always says things correctly?

yesterday, seems so far away

tak ada apa yang lebih menggembirakan tentang hujung minggu,
selain aktiviti berkumpul dengan kawan-kawan.
paling istimewa, semalam akhirnya aku jejakkan kaki sampai ke silverbook fish, bangsar.
dari sekitar 4-5 tahun sudah selalu dengar,
selalu tengok gambar, dan semalam hari ini dalam sejarah.

cepat betul satu-satu tahun berlalu.
no matter whether you like your day or you hate it to the max.
lepas sesi bersejarah semalam,
went to subang perdana.
tempat berkumpul dengan minions.
minions ey, i called you guys.
well yeah minions, 'cos as much as i love watching despicable me,
i love you guys more.
orang paling lama aku habiskan masa bersama sejak 2 tahun ni.

main buai, main jongkang-jongket,
lepak tepi padang, dengan usaha seseorang yang cuba menterjemah puisi-puisi,

i realize now why dari dulu, i tend not to share her with people.
i'm scared of their acceptance.
walau dia sudah bilang, i don't give a fuck, cause i have people who love me,
i do care.
as if aku adalah dia.
but the truth is, i know people who have known her from other's eyes, won't know her.
so i guess its time to not give a damn to what people think.
if i want to, i'll share.

petang yang sama jugak, aku pandang ke luar tingkap kereta,
langit atas buaian, i have lots of things in my mind.
dan kebiasaan bila dah macam tu, i need to sleep.
selalunya tidur membantu menghilangkan. AJ tanya, "macam mana kalau tak hilang jugak?"
'tidur lagi, bangun, hilang, tak hilang? ulang'
who am i kidding?
this is not like recent years back in uni, bila semua masalah hilang sebaik bangun tidur.
you know, when you gets older, you just have to face it, untangle things, then only you can move on.
*sigh*

fastforward kan semalam,
we all ended up in one cinema,
watching channing tatum become a hero,
and things becomes normal back for me.

macam tulah hidup,
when i want things to be sorted up right away, selalunya kena tunggu.
kena sabar. sebab yang best-best yang jadi at the end of the day,
will be the best of them all.
or yang mana datang dulu, akan jadi penguat semangat di kala down.

*terus pasang foster kid-pump up kicks*

nuna tuna. hensem. dan nakal.

dua tahun. harap sempat jumpa sebelum 28 ogos. lepas tarawikh, adam western, okay?

tinggi. "kita belum pakai kasut kita lagi ni"

cover album of the day. 

20130706

so

start as stranger, we bonded like sister
all your way down, all your way up.
i was there, reading how you messed up.
reading how happiness turn up.

and today, after two year, we'll meet again.
i hope you still remember me, like i do every single day.
and today, you'll walk in as a sister, a wife and a mother.

welcome home, iron lady.
welcome home to the world where real people loves you, will be there.


20130704

batu

irreplaceable--
- ummi abah
- adik angah
- kakyah
- puteh, moktam
- awak

ye, awak. yang pernah singgah dalam hati. yang masih ada dekat situ.
walaupun kadang-kadang awak tunjuk hati keras kepala batu awak tu.

20130701

durian

lucu bila saya kenang semula.
marah yang beriya-iya, hujungnya sampai tertanya.
ini marah kah cuma kerisauan?
ini marah kah cuma kesunyian?

lucu bila saya kenang semula,
cuma dengan maaf separuh hati awak,
saya boleh diam.
dan kemudian,
dengan tatap empat pasang mata kita,
di tepi gerai buah raja buah,
dengan kereta lalu lalang,
saya terus senyum.
dan diam.
dan marah yang melahar semalam;
padam.

kadang-kadang saya rasa awak ni,
sudah jampi-jampi hati saya.
sudah ikat ketat-ketat,
sudah biar cuma seapa-adanya.

terima kasih.
untuk petang yang ada langit jingga ungu tadi.
tak lupa, durian dua biji.
sampai ke malam bau nya. hiks.

amarah

aku akan ada untuk sepuluh hari, seratus, seribu, sejuta haripun yang kamu inginkan,
selagi Tuhan izinkan aku.
aku akan menelan semua biar buruk herot masam busuk bau kamu selagi kamu mahu.

tapi soalnya,
di mana kamu malam semalam?
ketika dunia seperti mahu menelan aku.
ketika aku serabut dalam sunyi malam, di mana kamu hilang?

jenuh aku pusing satu angkasa
jenuh aku jenguk seluas galaksi bimasakti,
tak ada.

sampai sudahnya, aku biar cuma semua pekat malam,
mendodoi lena sampai subuh tadi

kemudian sang naga neraka datang
menghembus api ke hati
dan aku jadi terus terbakar
penuh lahar menunggu masa untuk meletus,
terus tepat ke kamu

yang muncul entah tiba-tiba,
semua syaitan dan iblis menghasut.
siap segala.

dan malamnya aku diam.
dalam reda.
dalam redha.

front seat,