20090625

rindu #2

esok ke kuantan,
sekali lagi pergi jumpa pantai.
kali terakhir sebelum cuti ini benar-benar berakhir,
dan meragut pergi semua senang lenang dua bulan ini.
lesen L dah keluar.
alhamdulillah. alhamdulillah.

seminggu je tinggal.
6hb kelas mula.
aku tak tengok jadual betul2 lagi.
yang pasti sem depan makin susah.
dan ke depan juga makin makin susah.
kalau makin senang aku akan lupa diri.
jadi, harus wajib ingat dan sedar diri selalu.
tak banyak yang jadi.
aku pun tak banyak yang nak cerita.

sedang sedih.
sebab sedang berjauhan.
kuala lumpur - melaka.
dari kuala lumpur - shah alam, ke kuala lumpur - melaka.
untuk kebaikan, ya insyaAllah.

huuu, tolong la sesiapa yang berkenaan.
menyanyi ke, mainkan gitar ke.
sunyi. dan sedih.
i wonder macam mana aku rasa,
kalau aku kat tempat umi,
berpisah sama abah jauh-jauh dan lama2.
sobs.

24 jun 2009

malam-malam sepi yang tak ada kelip-kelip
mahu meminjam cahaya barang sedikit
salakan anjing mengongoi di hujung jalan

tadi petang ribut sakan
meroboh pokok jalanan
menghempap bumbung bangunan
yang kedengaran hanya puting beliung angin
hempas menghempas

20090624

hari senyum.

melihat kembali ke tahun-tahun yang sudah.
ada banyak hal yang aku, kalau boleh ubah,
aku nak ubah.
tapi, hakikat bahawa masa itu tak akan berpatah balik,
atau boleh diulang-ulang,
akan kekal membiarkan sesuatu yang sudah lepas,
terus berlalu.
aku yang ada sekarang, sedikit sebanyak,
bukan yang dulu lagi.
aku sudah ada banyak yang baik,
dan manis, dan menyenangkan.
syukur, syukur.

ada dari tiada.

20090621

cuti kali ini

kesimpulan secara ringkasnya,
satu hari bintang jatuh,
2 majlis perkahwinan.
satu holiday sama family,
1st move ambil lesen,
some times sama kwn lama,
and thats it.
cuti ini 2 bulan yang panjang.
dan agak kosong.

tapi syukur.
sudah ramai yang sudah ada kehidupan sendiri
sudah ramai yang bina masjid
sudah semakin dewasa setiap dari kami-kami yang dulu kecil
dan tidak mengenal apa.
masa semakin pantas berlalu,
apatah lagi bila sudah berpangkalkan angka 2 di depan penentu ukur hidup,
umur.

cuti ini sudah mula meletak penamat sebelum 5 julai.
:(
tak apalah. panjang umur, ada cuti lagi.
cuti utp dengan unimap kan lebih kurang.
*senyum tawar*

bora ombak,


wedding lagi.
meet some old friend.
i look a lot older than i should.
haha.









this is the bachelorattes,
and two young bachelors.
dulu kecil2 kita semua main2 dekat kg melayu majidee, jhr.

rindu

kita sedang membisik rindu
setelah puas memaki benci
setelah kenyang dengan telingkah

kita sedang memeluk kemeja-t awak
sebab kerinduan sangat
kita sedang menatap foto digital lama dulu
kita sedang diamuk rindu

kita sedang mendengar lagu yang awak kirim
yang awak suka dengar
kita sedang ulang dengar lagu yang sama

kita sedang dalam rindu.


jadi apa,
semalam benci, hari ini sudah rindu?


20090619

benci

sudah lama tak benci orang
sekarang makin ramai yang bikin aku jelak
masing-masing ada lebih kurang
dan aku benci engkau sebab engkau serba lebih
cemburu? mungkin.
sebab engkau menarik pergi satu persatu milik aku

sekarang aku sudah mula benci
maka nyah dari hidup aku
dan bawa pergi setiap satu yang kau ambil
sengaja atau tidak dari aku
bawa bersama
jangan melintas walau sebagai angin sekalipun di hadapan
apatah lagi di belakang aku
sebab, aku benci engkau.

habis

masih, tidak menjadi prioriti
gagah lagi terhegeh-hegeh
sudahlah berhenti
serius ni
dia dah tak sama lagi
sudah berubah hati
benar harus lepas pergi

sama adik aku lampiaskan
ini tak berbaloi untuk kau tanggungkan
sudahlah.
aku lepas tangan

ini untuk engkau.
jangan banyak tanya.
nyata.

20090618

disaster

kepala aku berdenyut laju
nafas aku sesak dalam sengap
panas badan aku lebih panas dari logam lebur
engkau hanya bikin disaster lebih.

ubat paling mujarab

ubat paling mujarab bagi segala penyakit,
adalah kasih sayang.
betul ni.

sebabnya kan,
kasih sayang datang dalam bentuk perhatian,
datang dari usapan di dahi,
dari elusan di celah rambut.
wow, best.

kasih sayang datang dalam banyak lagi bentuk selain di atas.
ini fakta, sebab masa di hostel, kawan2 yang demam atau sakit,
yang dilawat, dimanja-manja dengan tuala basah di dahi,
cepat sembuhnya.
(itu kawan2 perempuan yang rapat ajalah. yang tidak nanti kau orang igt aku penyibuk)

dan aku sendiri, kalau sakit bulan,
asal dilawat tim dari bilik sebelah,
atau dibelai2 di dahi oleh bobob (juga dari bilik sebelah),
atau disapa macam gangster oleh ami, atau cikun,
atau dapat panggilan dari alang,
sekejap saja rasa sakit datang, kemudian pergi.

dan sekarang aku sudah demam,
masuk hari ketiga.
aku demam terkejut kot.
sejak cuti aku jarang keluar rumah,
dan kalau keluar duduk dalam aircond,
dan kali akhir main sakan di luar, ketika di kuantan minggu lepas.
itu pun dah balik dengan tengkuk sakit yang amat.
baru elok beberapa hari lepas.

demam yang ini kurang kasih sayang.
sebab aku kongsi penyakit sama angah.
tinggal adik seorang yang sihat walafiat.
itu pun, dah mula selsema.
huaaaaa, nak manja dengan siapa?
ohhhhh! wait, wait!
abah baru letak belakang tangan dekat dahi tadi,
mungkinkah esok sembuh?

siapa nak bagi kasih sayang dekat saya?
*sob2*

20090615

ralat nama.

haha.
ampun abg riz!
okayh angah.
kak hil punya nama sebenar, hilwani.
hahaha.
macam mana boleh jadi hilda, pun tak tau.
:D

20090614

17 ekor kucing serumah.

heavennnn~
sayangnya aku tak tahan dengan bulu kucing.
kalau tak memang dah belaaaaaa.
owh, abg riz bertuah.
huhu, sebab ada 17 anak yang serius fluffy, comel dan penakut!
dan kak hilda super cantik!
(nanti nak post gambar2 yang angah tangkap)

dan kesempatan berkenalan dengan cici, cece, sunkist, bell & sunny,
itu baru 5.
ada seekor yang macam furballlll.
bergulung like tenggiling.
also, anothe grey furball. yang sangat manja sama kak hil.
siap nak naik kereta kak hil petang tadi.
(noty noooo)
owh, itu semua anak abang riz,
cuma bell & sunny yang mahu beri peluang dibelai2.
cici & cece sedang menunggu masa.
first time, mother-to-be. kelihatan tadi cici dah nak beranak.
cece sombong, kasi daging ayam pun tak mahu, cuma mahu friskies ye.
sombong. sombong.

well, now i have a strong reason to visit mama yas more.
(because of the kucing2, beside rumah yang dekat, kalau jogging petang2, sampai in 15 mins)

haha.
perlu berhenti sekarang.
sebab dah bunyi macam inibelogsaya.blogspot.com.
hahahaha.
tak ada identiti punya orang ke apa.

owh, esok setel2 bayaran dengan metro.
separuh lagi.
abah, harap bersabar.
sekarang nak ambil lesen memang mahal!
gahh. menyesal aku tak habiskan dulu.

okayh, stop stop!

terima kasih daun keladi....,

tapi saya memang tak boleh nak pergi.


okay, sebelum apa-apa.

anda harus tahu,
saya tinggal di dalam rumah yang setiap satu perbuatan,
ada merit dan dimerit.
maksudnya, selagi saya berbumbungkan rumah ini,
saya harus ikut dan akur pada setiap peraturan yang telah ditetapkan.

i have to say sorry,
for saying no,
bila malam ini kawan baik call, dan kata,
"hey, esok jom keluar. lepak2"
abah wouldn't allow me.
iya, walaupun saya sudah berumur 21 tahun.

untuk keluar pergi tengok wayang,
saya perlu mintak kebenaran seminggu lebih awal.
itu fakta dan peraturan itu hanya berkuat kuasa ke atas saya SEORANG dalam rumah ini

kalau duduk dekat hostel,
keluar pergi the store,
atau jitra mall,
atau alor star,
saya pernah sekali je bagitau umi.
*masa pergi alor star tak ingat bila*
sebab, bila di hostel,
segala keselamatan dan keadaan diri,
adalah di bawah tanggungan sendir.
itu, beda dari dengan situasi duduk rumah.

jadi, kalau ada kenduri kahwin ke,
kenduri doa selamat kawan-kawan menikah ke,
kalau bukan pergi dengan umi abah,
sila jangan jemput saya datang,
macam yang baru berlaku ni.
majlis sedang berlangsung sekitar selangor, kuala lumpur,
dan ajak saya begini,
"kat ......... umah dia..dtg la!"
mcm la tempat tu sebelah rumah yang abah boleh sekadar jenguk dari tingkap,
kalau saya kata,
"bah, nak keluar. pergi majlis ..... dekat ..... ni je."
eh?

cakap, cakap, cakaplah,

as long as awak happy,
buatlah.
serius tak tahu dah.
kalau mahu putus asa, cakap okayyy.






















kalau dengan semua orang aku buat macam tu,
sumpah tak akan ada hubungan yang panjang.
jauhkan.

20090613

bukan sempurna, melampau

pada keinginan yang melampau
ketidakmampu untuk mendapatkan adalah bukan takdir
pada keinginan yang didorong amarah
keputusannya menyakitkan
seperti panas besi lebur dicurah ke atas kulit

seperti sekarang

matahari bukan milik aku seorang
bulan juga bukan milik aku seorang
bintang pastilah bukan milik aku seorang

diam-diam aku bangun dan melihat ke kiri kanan
sedarkan diri
bahawa aku yang menolak semua pergi
dan bukan mereka pergi kerana kejam
dan sememangnya yang kejam,
buruk, jahat, jelik,
itu aku
datang dari aku semata-mata
sebab, aku bukan sempurna

merapu rapik #2

jangan-jangan dekat aku
nanti kau yang kecewa
jangan-jangan hampir aku
nanti kau yang terluka

semalam yang menangis
hari ini masih tersisa
dulu yang kita ketawa
hari ini pudar semua

jangan-jangan dekat aku
nanti kau yang kecewa
jangan-jangan hampir aku
nanti kau yang terluka

20090612

belum tamat

hilang satu minggu.
sekejap ada, sekejap tidak.
majlis angah syafiza, meriah.
dan memenatkan juga.
masa along musalmah, aku dapat lari2 ke hotel.
dan kerja mudah, cuma buatkan bunga telur,
sampai angah, hampir semua kerja aku sentuh.
tak habiskan pun. mengelat.
habis majlis, ikut ziarah kubur arwah pakcik rahim.
arwah aku aku masih ingat dalam kepala, ada 2,
sekali masa along musalmah mula2 masuk uitm dulu,
ceria, suka mengusik, kuat sembang, dan wajah garang.
satu lagi, yang aku jumpa di kuantan,
sakit, selalu hilang dalam pemikirannya sendiri,
dan sudah tak mahu bergurau atau bersembang.
di waktu sakitnya, dia akan menjauhkan diri dari kami kalau kami datang melawat,
dan di waktu sihatnya,
dia sekadar senyum,
yang kosong.

the best thing about kuantan,
sejak abah kena kerja sana, is beserah.
pantai!
this is the place i always wish to go.
masih pantai yang sama,
yang masih mendamaikan dengan terbit dan tenggelam matahari,
masih menyenangkan resah,
dengan ombak yang mengunjung saban waktu.
aku yang ke situ.
sebagai individu yang berubah-ubah.


.gantung.

20090602

masa punya musuh ketat

masa akan membawa kita berjalan jauh
jauh dari apa yang kita sangkakan
jauh dari apa yang kita mimpikan
masa banyak membantu sedikit sebanyak
mengubat luka yang berdarah,
menyemai rindu pada yang dibenci
merapat jurang yang jauh
menolak pergi yang buruk
positif dan negatif.

dalam hubungan
masa banyak memberi tanda ukur
hari lahir, hari ulang tahun,
hari pertama jumpa, hari terakhir jumpa
waktu dan momento tersendiri
peribadi dan yang bukan peribadi

ada waktu-waktu
masa menghukum kita
kerana mengabai istimewa yang disertakan bersamanya
dan itulah saat merasakan kosong yang tiada isi
seorang yang sunyi

tapi kelmarin aku diisi penuh
tiada istilah kosong walaupun aku sendiri
sendiri dari pasar seni ke rumah
sendiri makan nasi goreng pataya bungkus
sendiri tidur di katil
sendiri bangun dan masak air untuk sarapan
sendiri membasuh dan menjemur baju
sendiri melipat baju
sendiri dalam rumah yang sentiasa aku rasa penuh dan sempit
aku sentiasa sendiri di rumah
semalam tidak
aku pergi dengan kosong
aku nak tengok lagi dia dengan mata kepala sendiri
aku nak pergi salam dan peluk dia
aku nak juga jumpa dia kali pertama
dan salam dan mengagumi dia berdepan
dan mahu berjumpa dia kali kedua untuk merasa nada bunyi dia
dan walau tiga, cukup
sudah penuh dari beratus atau berpuluh dan beramai yang aku rasa sendiri
dan itu hadiah dari masa aku rasa
aku sudah tunggu dari awal april
dan semalam betul-betul pergi
walaupun abah macam tak nak bagi pergi
pegi juga. ada perlu dalam larang abah yang aku rasa aku perlu abai
sebab abah, aku rasa selalu lupa
masa sudah lama melingkungi kami
21 tahun antara aku dengan abah
dan dia selalu jauh dari aku
jauh jarak, kerana sebab kerja,
dan aku sendiri jauh sebab belajar
pulang sebulan sekali, dan aku memerap di bilik
dia sibuk dengan kerja
dan masa sedang mengikat dia pada aku yang beberapa tahun sudah terlepas

dan malam ini masa panjang
aku rasa macam nak telan ubat tidur dan tidur sampai ke satu waktu
yang mungkin aku masa tu dah sedia dengan apa yang ada untuk aku depani
tidur, adalah lawan masa yang panjang dan kosong.
musuh ketat.

20090601

puas dan penuh

banyak mahu ditulis.
banyak mahu dikongsi.
akhir-akhir rasa penuh.
walau pun penuh sesak dada.
tapi iya sudah.
yang benci sudah jadi neutral.
yang terlalu rindu sudah jadi biasa.
yang terlalu sayang sudah jadi biasa.
semuanya sedang biasa-biasa.

penuh rasa bila kita bisa berada di lingkungan yang kita senang.
:)
malam itu, dia ada tidak?
serasa seperti semangatnya menyeru-nyeru.
*senyum* satu mesej penuh teruja cukup buat senyum kekal 3 hari di sana.

bangi, tak jauh dari wangsa maju.
dekat.
dan di bangi, banyak kenangan manis.
dengan semua. yang rapat, semakin akrab.
yang muda semakin dikenali.
yang sudah lama semakin erat.
penuh terasa sampai hari ini.
MAKUM 2009- tak menang.
tapi penuh.
puas.

front seat,