20090613

bukan sempurna, melampau

pada keinginan yang melampau
ketidakmampu untuk mendapatkan adalah bukan takdir
pada keinginan yang didorong amarah
keputusannya menyakitkan
seperti panas besi lebur dicurah ke atas kulit

seperti sekarang

matahari bukan milik aku seorang
bulan juga bukan milik aku seorang
bintang pastilah bukan milik aku seorang

diam-diam aku bangun dan melihat ke kiri kanan
sedarkan diri
bahawa aku yang menolak semua pergi
dan bukan mereka pergi kerana kejam
dan sememangnya yang kejam,
buruk, jahat, jelik,
itu aku
datang dari aku semata-mata
sebab, aku bukan sempurna

No comments:

front seat,