hari ini adalah hari aku mengejar bayang-bayang semalam.
yang di setiap ternampakkan sesuatu aku sedang mengenang jejak semalam.
yang baru beberapa waktu lepas aku ketepikan.
dek kerana nama mahu memulakan hidup baru.
sesungguhnya semalam yang aku tinggalkan bukanlah celaka ataupun sesial aku makikan padanya.
kerana di setiap semalam yang hari ini menjadi kepedihan buat aku,
masih ada terselit manis-manisnya.
manis yang terkadang sebenarnya pahit tapi masih tetap membikin aku senyum segaris.
setiap hari yang bila tiba saat aku harus mencelikkan mata,
aku buka mata dan menyimpan azam,
aku mahu hari ini lebih baik dari yang sudah.
dan ada harinya semuanya menjadi sangat sempurna di mata aku
sempurna bagi aku yang serba tidak ada ini.
dan ada masa-masanya tak ada satu kata-kata semangat pun yang bisa menolak aku melangkah waima seinci pun.
hari-hari aku dibahasakan agar menjadi lebih kuat.
lebih baik. lebih ke hadapan dan tidak jatuh kerana alasan jatuh yang semalam.
alasan dan sebab yang sama.
lucu apabila aku bisa menjadikan hari-hari kosong bermakna buat orang lain,
tapi tidak bagi diri aku sendiri.
lucu sebab aku bisa beri kata-kata pembakar semangat buat orang,
tapi tak ada satu pun yang terkesan untuk aku.
hidup yang terlalu berputar macam roda.
yang sekejap di atas dan kemudian ke bawah.
yang kadang-kadang aku rasakan berada di atas itu terlalu lama,
sehingga lupa untuk siap sedia jatuh ke bawah.
dan apabila merundum jatuh begini, aku ralat.
sebab tidak cukup persediaan.
sadis. perkara yang akan terjadi, yang sudah ada potensi-potensinya,
tapi aku senang memilih untuk meredah sebelum benar-benar sedia.
nah, sekarang sedang menanggung segala apa yang ada,
yang sudah menanti aku awal-awal lagi.
tapi, setiap satu yang diambil,
pasti diganti dengan yang lain.
yang walaupun tak sama, tetap ada maknanya sendiri.
aku sedang membina yakin diri.
untuk terus ke hadapan.
dengan apa saja yang masih tersisa.
sebab, bukan semua mimpi semalam yang aku angan-angankan berderai.
masih ada yang ada.
yang sedang menunggu untuk dikejar.
:)
marilah, berpegangan tangan sama aku.
ke depan. mengejar pelangi. mendaki ke langit tujuh.
Saturday, November 28, 2009
ke langit teman aku.
terus dari hati n u r i d r i n at 11:25 PM
kalaulah bisa semuanya tunggu,
tunggu sekejap,wahai kasih,
tunggulah sampai hujan teduh,
mari ku dendang,
jangan mengenang orang jauh
jangan pula
jangan tinggalkan daku sorang
tunggu sekejap kasih
tunggu
lirik lagu tunggu sekejap.
mula2 dengar duluuuuu dari filem lama p.ramlee.
sarjan hassan.
entah, suka.
tiba-tiba lagu ni bergema dalam kepala.
boleh tak nak pujuk masa tunggu sekejap begini?
belum puas bergelumang dengan segala yang ada.
dalam sekejap waktu sudah sampai ke penghujung.
tanda permulaan yang baru menanti.
tunggu sekejap.
terus dari hati n u r i d r i n at 2:03 AM 1 kata kamu
Friday, November 27, 2009
i just need to
i really hope this will help.
:)
taken from icanread.
terus dari hati n u r i d r i n at 9:52 AM 0 kata kamu
Tuesday, November 24, 2009
aku sedang,
menikmati rasa ini.
yang terkadang membuat aku senak.
terkadang membikin aku senyum sendiri.
yang terkadang membawa aku ke alam aku sendiri.
dunia kecil yang cuma ada aku dan rasa itu.
*senyum*
aku semakin terbuai dengan bahasa-bahasa lontaran.
yang tak pernah gagal menarik-narik aku kepadanya.
buku sudah sampai.
dan aku sedang mengumpul segala tumpu minda ke situ.
kerana aku mahu meneguk setiap satunya.
yang sangat indah.
walaupun realiti hidup,
segalanya tentang hati aku telah mati.
hancur mendebu.
terima kasih ibu si pari-pari.
terus dari hati n u r i d r i n at 11:58 PM 1 kata kamu
Monday, November 23, 2009
selamat tiba
baiklah, ada tempoh seminggu untuk berfoya-foya di rumah.
mengularkan diri dengan memerap di rumah.
semalam adalah perjalanan seribu satu cerita untuk aku, dan mereka.
:)
percayalah, panjang umur kita akan berjumpa lagi, dengan izin-Nya.
dan segala cerita 5 semester yang lepas, adalah yang terbaik dan kemas dalam ingatan.
cuma kalau nanti-nanti dilupakan, ingat-ingatkanlah.
5 semester di rumah yang sama, housemates berempat yang sama,
room mate yang sama.
semuanya sudah sebati untuk dipisahkan nanti.
tapi silatur rahim itu tetap ada.
kan?
*senyum lagi*
untuk teman-teman akrab yang sentiasa ada memberi seru untuk aku bernafas,
Tuhan saja tahu bagaimana aku sangat-sangat menghargai kalian semua.
SEMUA, tak kira dari arah mana kita datang,
kita ditemukan di satu titik.
persahabatan.
;) mana-mana yang aku sudah guris hatinya, aku mohon andai kalian membaca ini,
maafkan aku.
aku sudah mula rindukan hilai tawa kita-kita.
yang teman ke kelas, teman bertujuh gadis,
teman-teman study, teman-teman sepentas,
semua. sudah aku mula rindu.
dan untuk permata hati yang selamat smpai semalam,
SELAMAT HARI LAHIR ke-20!
;)
natasha ismail, si comel gebu.
*tak habis senyum lagi dari semalam*
selamat mula bercuti!
jaga diri, jangan nakal.
sekian nota kali ini.
(dalam blog tak boleh tag. baca lah sendiri kalau lalu lalang nanti. haha!)
terus dari hati n u r i d r i n at 10:22 AM 1 kata kamu
Tuesday, November 17, 2009
nur farah rosni,
i always missed the opurtunity to be by your side,
missed all the chances to be with you to go through all big exams in your life.
BUT,
i never missed to pray for your success.
entri pendek di malam ini, untuk anak tengah dalam keluarga.
angah,
Good Luck SPM!
do ur best!
lepas tu kita onjoi bersama. ;)
terus dari hati n u r i d r i n at 8:40 PM 5 kata kamu
Labels: farah rosni


