20091027

habis lepas

alhamdulillah. sudah habis dan lepas. dan bebas mulai hari ini. kurang sedikit tanggungjawab di bahu. final exam tinggal kurang dari 8 hari! baru nak mula hari ini. semoga tidak semput2. =) dan kawan-kawan, marilah tinggal segala beban dan menikmati study week, dengan cinta ghairah pada buku-buku. dan nota-nota kuliah. *mahu berhenti mengobservasi*

20091012

isyhtihar musuh.

makin lama yang aku lihat adalah engkau yang semakin menyesakkan hidup.
aku rasa macam sial. tak pernah sesial ini aku rasa hidup.
ada masa aku rasa mati adalah penyelesaian segala yang aku rasa.
tapi, Tuhan itu ada. serius, sentiasa ada.
maka, mati aku adalah hak-Nya.
dan, aku mahu kau tahu, aku lagi senang kalau kau hidup jauh-jauh dari aku.
kalau kau boleh hilang macam david cooperfield hilangkan mangsa-mangsa magisnya,
hilang lah seperti itu.
sebab setelah aku engkau sampah-sampahkan,
selepas aku kau tunjal-tunjal,
aku tak perlu engkau untuk datang dan semakin menyesakkan aku dengan bahagia engkau.
rapuh ranap aku bukan untuk engkau ketawakan,
sebab engkau sudah ambil hati aku, hilangkan dan tak pulang semula.
kerana engkau, aku jadi manusia tiada berhati.
maka, aku isyhtihar engkau musuh aku ke mati.
sampai ke hari berkumpul sekalipun.

20091011

MAKUM2009-UKM

waktu-waktu akhir.
menunggu masa.
yang berduapuluh lebih kurang ini,
marilah, kita sama-sama ke sana dengan satu kemahuan.
beri yang terbaik.
:)

20091007

raya

ingatkan tak sempat merasa raya beramai.
malam ini sempurna sudah hajat.
*senyum selebarnya*

bonus-bonus.
hehe.
thanks to adek, sbb berjaya memujuk aku untuk beraya jugak-jugak.
love you!
;)

front seat,