death. kematian itu sesuatu yang pasti dalam setiap yang bernyawa.
datang dia tak pernah diundang, dan sentiasa diingati.
hatta begitu, datangnya tetap mengalahkan semua surprise birthday party.
or what ever surprises you can think of.
jumaat baru ni, tengah hari sebelum lunch, teman rapat hantar pesanan ringkas.
dia bilang, ibu kepada salah seorang teman kami masuk wad kecemasan, dan dia minta aku hantar semangat pada sang kawan.
maka, waktu makan tengah hari, sambil melangkah menuju manhattan fish market (kerana ada deal RM6.99/set),
aku gagahkan dail number anak gadis ini.
masyaAllah, tenang! setenang air di laut suara dia.
dan seperti biasanya ayat-ayat cliche semangat, aku pinta dia sabar dan doa.
dan aku bilang kami semua kirim doa tak terputus.
lewat petang, dalam tren perjalanan pulang,
aku terima dua mesej, ibunda gadis itu kembali ke rahmatullah.
innalillahiwainna ilahi raji'un.
aku kematian kata, sampai ke waktu hampir maghrib, aku titipkan salam takziah.
dan seperti tengah hari tadi, si gadis masih kuat semangat.
dan dia bilang dia redha dengan ketentuan ilahi.
dia gadis manis, yang menjadi sahabat manis aku di tahun akhir masa pengajian.
haz, kuat semangat ye sayang. doakan mak haz di bila-bila waktu.
insyaAllah, doa anak soleh meneman orang tua sampai sana.
hari ini sendiri, genap 2 bulan kak yah pergi.
ada di suatu hari di minggu lepas,
sewaktu abah teruk marahkan aku,
aku tidur menangis teresak-esak menyeru nama arwah.
sebab, 24 tahun hidup, tak ada tangan yang sama yang boleh menyuap makan sedap, kenyang ke sudah.
tak ada tangan yang sama, mengelap dahi dengan tuala basah di kala demam,
atau, menyapu air asam jawa penurun bahang di kala demam,
atau tangan yang sama yang masakkan air barli penyejuk badan.
tak ada. dan kebetulan, di hari yang sama, aku sedang demam teruk.
siap lengkap dengan tekak bengkak.
malam itu aku tidur dengan mata basah, esok bengkak.
dan selepas pemergian ibunda haz,
aku jadi takut dengan masa.
macam mana kalau esok lusa Tuhan ambil umi dan abah?
aku sembang secara rawak dengan angah, malam hari lahir dia,
angah ketawa dan bilang "umi abah pergi haji dulu, kita ni, sorang kiri katil, sorang kanan katil, sorang tenung siling tengah2"
astaghfirullah. walaupun mati itu pasti, aku selalu berdoa dan berharap,
biar nanti masa sesiapa pun antara mereka, biar sudah terjaga mereka di tangan aku dan adik2. biar sudah terisi masa tua mereka dengan kehadiran kami.
kalau boleh biar panjang sampai merasa mereka beberapa generasi mereka sendiri.
maka, selagi masih ada,
aku berniat,
kurangkan melawan cakap umi atau abah,
kurangkan melukakan hati mereka.
banyakkan melakukan perkara yang membahagiakan.
dan isi seberapa banyak masa menyenangkan hati mereka.
itu, azam aku. niat aku.
semoga Tuhan permudahkanlah.