for me to dance to.
for you to dance to, too.
and for us to see where were we before.
dance with me and we'll reach our dreams.
dance to the different beat,
and you'll travel to different places.
20100829
quickie!
1. kat wang ulu susah nak post entri. so most of the time tempek dekat notes fb semata-mata.
2. 4th year batch kitorang, memang busy nak mati. with top-up courses etc. so, kalau tengok ada yang macam sayur keladi pergi kelas tak bermaya, sebab tak cukup rehat. aku? tidur macam biasa. paling sikit 3 jam. bila mata nak pejam, atas meja pun terpejam jugak. :D
3. minggu depan, minggu last hectic sebelum balik raya 2 minggu. terima kasih pengurusan akademik unimap, sebab cantumkan cuti raya dan mid semester. ^_^
4. sekarang, emotion breakdown tak lama. sekejap2. habis kuat, 12 jam maksimum. alhamdulillah. terima kasih kepada encik katalis merah. dia supply katalis warna merah dengan efektif. tak dibiar lama-lama aku nak beremosi.
5. walaupun gembira, ada masa-masa aku nak lari bersunyi. tapi mengada, bersunyi minta diteman jugak.
6. abah dah balik dari itali, erm, sebulan lebih dah kot. tapi belum sempat jumpa. maka, RINDU!
7. angah dah ada laptop yang menawan, mungkin boleh bagi broadband dekat dia. NAK?
8. kesihatan di tahap optimum. so far belum jatuh sakit yang teruk-teruk. setakat pening-pening minta tidur lebih adalah. alhamdulillah.
9. sebenarnya excited sebab boleh post entri siang-siang buta dekat wang ulu. maka nak taip laju-laju.
10. angan dan mimpi deactivate sekejap. sebab tulisan random awesome story tak banyak. dan tak cukup deep sekarang. mungkin kena try buat terjun bebas baru tau apa rasa maut lepas tu baru beridea menulis. menulis tak boleh nak paksa. -_-"
11. hari ni birthday kak ct! belum nak wish lagi. tunggu malam sikit. ngeh2.
12. jumaat hari tu, nuzul quran sekali birthday peri kayangan. macam biasa, tak mampu beli hadiah. nak bagi peri kayangan, ingat hadiah ada ke dekat bumi? tak ada setanding, okay?
13. puasa dekat sini, time berbuka macam wajib makan nasi. maka, harap-harap baju raya yang ditempah boleh fit. kalau tak, raya aku pakai jeans dengan baju labuh. :D
14. the only fast food aku makan adalah kfc. dan dah berminggu. maka, kandungan fast food dalam badan dah berkurang. which is a victory!
15. oh, aku tak suka nombor ni. for no reason. adek kata friday the 13th is so wrong. pada aku, august 15th. mimpi ngeri. dan dah habis. ;) tapi still, tak suka.
16. sekarang ada kerajinan mengemas bilik, sebab barang tak banyak. untung bawak balik semua barang sebelum LI hari tu.
17. nak berhenti menulis setakat ini. okay?
toodles!
kepada yang akan balik beraya dalam masa terdekat, selamat pulang beraya.
dan harap-harap tahun ni dapat la kad raya sekeping. (at least...)
aku tak minat betul sms raya. feel kurang.
much love!
-nuridrinrosni-
20100828
aman
sekarang. detik ini.
kerana untuk secebis aman,
aku rasa aku telah membayar dengan seluruh usia kehidupan.
20100816
rainbow
khabarkan pada pari-pari,aku di bumi sudah satu.
khabarkan pada dia,
aku di bumi sudah senyum,
saban hari.
khabarkan pada pari-pari,
setiap denyut nadi aku sudah bernyawa
kembali.
khabarkan pada pari-pari,
aku tunggu harinya.
dia turun sekali lagi,
melanggar larangan kayangan,
supaya kali ini bisa aku depankan sendiri
dan peluk sendiri
jangan pernah mahu berhenti
jangan pernah tidak berlari
dan jangan berhenti percayakan pelangi
setiapnya,
untuk hari ini
dan nanti.
nota kaki untuk awak : kita untung ada semua yang kita ada sekarang. kita untuk ada satu sama lain sekarang. sekarang dan bukan dahulu. semoga sampai nanti.
20100815
katalis
tak semestinya makan berat. kadang cuma air mineral.
buat tampung kandungan air dalam badan, supaya tak rasa dehedrasi.
ramadhan kali ni tak di rumah di awal-awal.
sunyi. jauh. tapi nanti bila dah dekat-dekat raya, sempat rasanya.
hujung-hujung ramadhan di rumah. jadilah. dari tak ada.
ada orang betul tentang kenapa aku kuat di sini.
walaupun jauh dari rumah.
ada katalis. :)
banyak hal yang berat-berat jadi mudah.
diam dan toleransi.
semoga nanti ini jadi asasnya. toleransi.
suka. senang dengan itu.
Tuhan yang baik,
dia sentiasa memaniskan aku dengan senyum.
dengan apa yang ada sekarang.
limabelasaugustus
satu tahun lepas dari tarikh ini, aku merentas lebuhraya dari utara ke kuala lumpur, dengan hati yang berbaur. dan satu rasa yang pasti, adalah merasakan mati. dan aku tak pernah bayang ada esok untuk aku. yang paling jelas, adalah sekeliling aku gelap. hitam, kelam. beberapa waktu, aku macam sayur celur. bernyawa, tapi tak hidup. aku letakkan limitasi-limitasi pada masa-masa murung dan nyata, banyaknya aku langgar sendiri.
masa-masa ini, aku hanyut dan larut dalam dunia sendiri. dan masa ini juga aku selalu dipapah dari setiap jatuh. selalu dikuatkan jiwa. dan ulang-kali aku mati dan hidup semula. sampai ada satu saat, aku menangis di balik bantal tanpa ada setitis pun air jiwa. bahana hari ini setahun yang lepas.
dua darah daging, enam gadis besi, seorang peri kayangan, angel serba putih, penyambut setiap jatuh aku. malam-malam yang gelap sampai aku menggigil ketakutan, aku hanya berbantukan telefon bimbit di tangan, menuliskan semua seringkas mungkin, memohon didengar setiap tangis yang tak berbunyi. dan mereka, tabah mendengar dengan membaca. gigih memujuk hati aku yang mula mengeras. memberontak.
enam bulan jauh dari segala yang selalu aku gantungkan hidup, mencabar akal. mencabar hati batu aku. dan ada waktu-waktu aku kejung mengadap siling putih. mengharap mati segera datang. bukan kerana aku sudah tidak kuat untuk hidup, tapi kerana aku tidak sanggup menghantar bimbang kepada orang yang paling mengharap pada aku. aku keputusan kuat untuk menguat.
sehari sebelum hari besar, sebelum usia bertambah satu angka lagi, aku memilih untuk menamatkan segala yang aku ratap. memilih untuk mengakhirkan ranap yang memakan aku perlahan-lahan. sangkanya, benar sudah habis.
tapi hari ini, sudah cecah setahun. dan, sejak beberapa waku belakangan, aku sudah mula melihat matahari. semoga benar itu matahari dan bukan lampu picit. dan saban malam melihat bintang dan bulan. yang manisnya, sekarang semua biasa-biasa. tapi aku senang.
aku masih lagi gadis besi. yang menari atas api merah. dan tetap percaya pari-pari. serta, aku ada dia.
selamat datang limabelasaugustus. kau sudah setahun usianya.
20100814
perca
yang langsung menghantar rasa berbaur yang mengganggu separuh siangku.
waktu itu, aku benar-benar mahu menjerit sekuatnya.
dan berlari, sejauhnya.
yang aku kira membidas laju dan tajam setiap laku ku.
sebelum di hujung hari, aku benar-benar sedar.
biarlah celaka mana pun semalam kepunyaan aku dan dia,
hari ini kami kongsikan perca-perca pelangi.
dan susun semula silangkata matahari.
semata-mata untuk hari esok yang tak pernah pasti.
setiap hembus nafas hari ini,
aku kongsikan dengan dia,
semata kerana aku ada dia,
tak mencari sempurna dia,
dan bercukup dengan adanya dia.
awak, terima kasih.
hari itu, awak betul-betul buka mata saya.
walaupun bahasa awak, nyaris buat saya menangis dalam jamban.
20100807
hitam putih I
adalah senyum-senyum yang baru mula berputik.
terima kasih. dan benar, seperti orang biasa yang tak punya kuasa magik,
sempurna itu jauh benar.
tapi kita ada satu sama lain, kan?
pertama
setiap jalan-jalan berlampukan neon yang kita susuri malam itu sambil berpimpinan. tanpa bicara dengan bahasa yang terlahir. sekadar genggaman dan selang seli dengan lirikan mata yang menyampai rasa kita cukup. padu dan penuh. tak ada bahasa-bahasa puisi yang bisa memberi lukisan dan gambaran pada rasa yang kita alami ketika itu. sedangkan langit dan bintang-bintang malam memberi izin pada rasa yang kita ada disuara dengan bisu. tak ada sekilas pun niat membawa ke mana kita akan ada hari ini. kerana malam itu sebenarnya hati berbicara terus dengan hati. tanpa selindung di balik tabir-tabir organza. terus, telus.
malam kita bicarakan tentang kecewa dan sakitnya malam-malam sudah kerana cinta. kerana hidup. malam yang kita bicarakan tentang angan-angan kita masing-masing yang rompong. yang berlopak-lopak. gara-gara kehancuran hati setiap antara kita. malam yang kita sebenarnya mengharapkan antara kita adalah teman yang mengirim bahu bersandar. sekadar teman. malam yang sebenarnya membuka jalan ke dimensi yang tak pernah sekalipun terbayang. tak pernah tertaakul dalam mana algebra.
setelah itu setiap hujan sering memberi makna. membawa ingatan. menghantar rindu pada wajah dan jiwa yang belum pernah tersua. setiap terbit dan terbenam matahari lebih terisi. lebih bermakna bila setiapnya dikongsi. sekalipun atas tali-tali yang transparent. tidak kelihatan sama sedikit pun. sejak itu setiap cerita kedengaran dongeng. biarpun kosong dan hanya cerita-cerita biasa.
pertanyaan hati yang menghantar getaran pertama, adalah titik tolak. yang membawa angan ke realiti. yang membawa kita ke dimensi yang seakan fantasi. mimpi-mimpi sedang menjadi nyata. setiap panggilan sudah mula bersahut. setiap tidur malam mula diisi senyum mengganti air jiwa. pertanyaan hati yang sebenarnya membuka laluan kepada lampu-lampu jalan menyala sepanjangnya. membuat kelam yang gelap menjadi terang. yang membuka jalan kita ketemu di tengah-tengah. di antara segala hiruk pikuk dunia. di situ pertama kali kita bersua.
pertama-tamanya.
4 ogos 2010
wang ulu, perlis
b6-ab-1g
from notes at fb.
medium menulis bila tak boleh guna blogger.
a welcome back.
but most of things made that way just so you will appreciate it more.
like living life.
like being in love.
there are times when you just need not to have it.
then you will find its importance.
and once you have it, you'll treasure it more.
i've learnt some of mine.
have you?
:)
happy weekend people.
i know i've been away too long.
too long.
