20090929

craps.

angin bertiup kencang hari ini di pekan kangar.
rasanya, itu yang paling kencang yang aku pernah rasa.
kencang dan kuatnya angin,
sampai aku yang berat 55kg ni,
rasa nak melayang, walaupun aku dah duduk atas kerusi menunggu bas,
yang diperbuat dari besi.
awan hitam bergerak laju di atas.
mungkin, waktu aku duduk dekat situ,
hujan mahu diturunkan di tempat lain.

aku lintas jalan seorang diri,
menyelesaikan urusan-urusan penting.
dikira secara kasar,
aku melintas tak kurang dari 16 batang jalan raya secara ulang alik.
mujur aku bertekad untuk tak pakai tshirt dua lapis macam selalu.
angin yang menampar-nampar muka.
macam situasi hidup yang sedang menampar-nampar aku.
setiap batang jalan yang aku pernah lalu dengan kau dulu, aku lalu lagi.
dan aku jadi benci tempat permai ni.
sebab semuanya penuh dengan engkau.
semalam aku tulis tentang penuh dengan engkau.
dan hari ni, walaupun aku sudah maki engkau berbakul-bakul.
engkau masih berumah dekat dengan aku.
kalaulah. kan.

akhirnya, roti dari kedai sayang meneman aku.
aduh, kedai "sayang"?
bodoh lah.

20090928

bayi-bayi dan raya.

aku rasa, bayi dalam lingkungan baru lahir sampai umur 4 tahun,
adalah "dadah" untuk aku.
terutama bila dunia serabut macam baru lepas dilanda ribut.
sebab, mereka semua ada aura penyembuh segala gundah.
paling kuat auranya, bila bayi tersenyum.
anak kecil, yang belum bercorak hidupnya.
aku rasa macam nak bekukan masa tumbesaran diorang semua.
biar selamanya macam tu.
comel dan manis.
manja.


si kembar. kakak yang baju merah, adik yang baju biru.


faris. si kecil yang demand. kalau jalan nak dukung aja. lepas tu, kena bawah lari jauh2 dari abahnya. kalau tidak, jangan harap nak main dengan kita. sombong ek awak!


baru 28 hari. nama awak pelik sangat. terbelit lidah nak sebut.


pakcik adam saya. nanti awak besar sikit, kita tunjuk gmbar ni. beza kita 21 tahun!

20090924

a dream story tells,

everything started with mist.
everything was surrounded by uncleared images. eyes couldn't see anything. it was a fine day, at a lake like this,
the water was covered by this beautiful lotus, coloured by pink, green and blue. and there was a boy with his camera, ready to capture the moment he could,
and there he saw, him and her. holding hands, laughing, whispering to each other. full of love and joy. and suddenly, he felt a hole in his heart.and he thought, "How lucky it is, to have someone you can always hang on to" and then, i wake up from sleep, just to realize it was just a dream. a dream i could see life from someone else eyes. is it a bad dream or a sweet one?
picture taken from image.google

20090918

satu datang berdua.

setiap sesuatu datang sekali bersama sesuatu yang lain.
contohnya, kegembiraan datang bersama kesedihan,
lagu datang bersama dengan lirik.
setiap sesuatu, akan datang dengan baik, dan meninggalkan dengan pedih,
atau sebaliknya.

abah naik pangkat lagi,
alhamdulillah. tapi ini bertambah maksudnya,
kurang lagi masa kami sama abah.
tahniah untuk kerja keras abah selama ini.
sedangkan orang laing seusia dia sudah boleh fikir apa mahu dibuat dengan duit pencen.
ke mana nak bercuti berdua dengan umi.
abah belum habis mahu berbakti pada negara ini.
belum puas memerah keringat dan tenaga mencari rezeki.
abah, sentiasa gagah di depan kami bertiga.
dan abah yang tak pernah putus-putus menanti kejayaan anak-anak.
aku sedar. angah sedar. apatah lagi adik.

raya aku yang penting adalah berlima.
tak kira di mana-mana.
dan, rezeki sebelum syawal sudah diterima.
pagi raya kami berlima akan berangkat pulang.
ke taiping, perak. kemudian ke buterworth, pulau pinang.
*senyum*
sebulan merana, menyendiri, beraya nanti aku lengkap.

dan, penantian datang dengan kebodohan hari ini.
tak apalah. esok diganti lain barangkali.
sesuatu yang lebih bermakna.
;)
terima kasih, sebab bersusah payah untuk saya.
sungguh, saya tak layak menerima apa pun.
saya serba kurang dan diberi sempurna dengan semua yang sebegini.
saya berbesar hati.

20090912

fresh air, chill air.

hari tewas.
tak ada tenaga lagi nak dikerah hari ni.
otot-otot sedang memulih.
tulang belulang sedang menguat.

all i need is just fresh air from the beach,
or some chill air from fraser's hill.

dua tempat yang belum dicemari pahit.

hey sayang, ini memang kamu punya.

hey sayang. dendam itu bukan mudah untuk hilang.
benci itu bukan mudah dipupuk.
sayang itu tebal. menebal dan makin liat untuk dikikis.
peduli tidak orang kata apa.
hati aku, aku yang mengerti.
asal aku hidup dan bernyawa,
aku tak perlu sinis manis engkau, hey sayang.

hey sayang, jangan kau terkesan dalam hati,
andai engkau sudah benar dan tiada yang benar selain engkau.
ke depan lah, tak usah ditoleh-toleh lagi ke aku.
kerana saat engkau sampahkan aku,
maka aku sudah terlalu hina untuk hidup hatta di dalam sejarah hidup engkau.

hey sayang, yang aku pinta cuma sedikit.
padamkan aku dari memori engkau.
dan biar cuma aku yang mengangkut segala serpih-serpih yang ada dari dulu.
yang sudah engkau kecaikan kerana aku.
ya, iya bisa bilang ke dunia,
aku yang serba serbi kurang dan jauh dari piawai sempurna.
aku sedar diri, masih dan selalu.

sempurna aku adalah apabila dilengkapi nanti.
maka engkau jangan gusar.
aku sudah tiada ingin hidup di negeri nafi.
aku sedang berangkat menuju ke negeri realiti.
yang di mana di negeri baru,
aku sudah berdiri di kaki sendiri,
diampuh kiri dan kanan,
berdiri di kaki sendiri, tanpa perlu engkau topangkan lagi.
terima kasih, hey sayang.

engkau sudah bisa pergi.
dan tak perlu menoleh ke aku lagi.
tak perlu hentikan jalan menunggu aku merangkak kepada engkau.
tunggu! jangan kira muat tangkap bahawa aku menghalau.
cuma, aku tidak mahu ada beban aku di bahu engkau.
titik. lepaslah. bebaslah.

dan maaf, kerana aku masih belum mampu pupuk benci.
kerana benci itu sangat dekat sama rasa sayang.
sama rasa cinta. sedangkan, engkau tiada mahu dan perlu semua itu dari aku.

20090910

dodododol~

jom pindah!
ahahahaha.

if it was that easy.
banyak betul hipotesis yang muncul.
mcm itulah.
mcm inilah.
begitu dan begini.
kadang-kadang rasa macam mahu dibiar-biarkan sahaja.
biar mereput dan hilang sendiri rasa.

bloody shit punya rasa.
datang tak jemput pergi nak berhalau.
i wish. i wish. i wish.

wey, jangan main kasar aaa.
dodol!

20090904

1957, hati malaya.


baru selesai menonton.
kalau ada jual dvd ori, aku sanggup tak makan 2 hari untuk kumpul duit beli.
(entah2 dah ada dah pun)
bukan selalu dapat tonton sesuatu yang patriotik.
sekali sekala perlu.
biar tak lupa diri.
merdeka dah 52 tahun, aku belum sumbang apa-apa lagi.
Malaysia, tunggu aku.

front seat,