20120530

cerpen.

cerita pendek selalu anti-klimaks.
jadi ini cerita pendek hari ni.

lepas ulang baca BlaBlaBla dari Abang MJ,
aku rasa nak baca lagi.

Selamat Hari Khamis! :D

20120529

Manual Pengubat Hati.

aku dah seboleh mungkin tak mahu cakap panjang pasal all this heart broken thingy, kisah-kisah sedih dan dramatik yang berlaku dalam hidup aku.
sebab tu aku jarang menulis. dan kalau ada pun mesti tak ada hujung pangkal.
tengah-tengah. kemudian gambar, atau awal-awal dan gambar.
atau gambar dan nota pendek.


tapi sebaliknya berlaku hari ni.
ada kawan yang sedang patah hati.
jadi untuk memahami situasi, aku gali balik perasaan yang sudah-sudah.
secara automatiknya aku ingat sakit kena putus.
putus cinta.
aku ambil masa lama. lamalah, berbulan.
patutnya putus cinta tak payah lama-lama sangat sakit dia.
sebab it wasn't meant to be.
sebab itu putus. memang dah takde jodoh.

so today, i've been composing a strictly positive attitude, words, advice,
what ever i thought could be useful to cheer her up.

turns out, towards the end, i realize one thing.

TAK ADA MANUAL MENGUBAT JIWA.

seriously. there's no such thing.
sebab, apa-apapun its own your own.

so far tak pernah ada orang tanya how do i overcome my hard time.
rasanya takkan ada orang tanya kot.
tapi macam apa yang pernah kita semua alami.
kalau ada yang belum heart broken sekali pun, mesti pernah kecewa dalam hidup.
and kekecewaan tu sebenarnya lonjakan untuk kehidupan yang lebih baik.

1st thing 1st.
balik ke asal. Tuhan tu ada. bukanlah masa susah je kau nak kena patah balik, masa senang lupa.
tapi Tuhan tu Maha Segala. Pendengar, Pengampun, Pemberi.
apatah lagi Maha Pengasih.

bila aku bilang begitu, katanya Tuhan tidak adil.
lalu aku khabar semula, Dia beri sesuatu, maka dia ambil sesuatu.
vise versa. kan adil macam tu?

2nd thing, kalau sebelum-sebelum ni cuma buah hati sajalah nyawa kita,
cuba balik pada saudara mara. pada adik beradik.
rumah adalah tempat paling selamat.
kalau dah tak ada saudara, kawan-kawan.

come to this part, Ya Allah. baru aku sedar.
betapa bersabarnya teman-teman aku dulu.
sungguhpun aku plastikkan senyum dan ketawa,
ada saja yang akan titipkan semangat.
so, inilah masa nak kenal kawan dan lawan.

seterusnya, set lah goal baru.
hidup ni ada purpose. semua orang mesti ada purpose.
kalau dah takde guna sangat pun,
menyumbanglah apa yang mampu.
hidup sekali je. selagi ada peluang, kenapa tak guna.

okay, ini dah macam manual. ada turutan.

sebenarnya aku nak cakap,
jatuh bangun dalam hidup, adalah supaya kita belajar.
mungkin tak jadi hebat. tapi jadi lebih baik.
kan lagi manis hidup macam tu? :)



notakaki: kawan rapat pernah pesan awal-awal masa aku baru bercinta dengan Juna, dia kata, "awak, jangan bagi semua hati. nanti patah semua lagi susah." pesan aku pulak, "nak bagi semua takpa. tapi hari-hari kena bangun dengan peringatan, kalau pecah takda siapa nak ganti. kutip dan gam sendiri."

20120527

duapuluhenammei

penat berkejar segala, sempat satu yang ini.
alhamdulillah. ini tulang belakang banyak waktu dari jauh.
tadi tak puas jumpa.

pada yang tadi tak sempat, lain kali tau!
:)


20120525

may, 25th

nothing will really last.
aku tak reti mengelak menghadap beberapa hal dalam hidup.
aku cuma reti mengajar diri menelan.
sebab bila aku lari, aku akan jumpa lagi di junction baru.

untung sekarang sudah makin bertambah umur.
maka logik akan berusaha keras mengajar aku berfikir ulang-ulang sebelum buat.
dan hati selalu menjeruk merajuk kerana sudah jarang-jarang aku beri perhatian.

hujung minggu datang lagi.
sudah masuk minggu akhir mei. masa lagi laju dari cahaya.

selamat hujung minggu. perempuan ni hantar mode emo.
tapi bakat dia, subhanallah!

20120508

surat untuk ayah bunda

menemui ayah dan bunda beta,

nampaknya sambutan hari ibu dan ayah sudah jatuh ke tahap ragu-ragu akan kebolehan meraikannya.
anakanda mu ini tidak mengerti dan terlalu takut untuk mencari dan mengkaji lebih dalam.
jadi tanpa perlu menunggu tibanya hari kedua ibu dan bapa,

ketahuilah bahawasanya,
anakanda sulung kalian ini,
tanpa menunjuk atau menyatakan,
sayang sekali sama kalian berdua.

anakanda sudah hilang seorang dari tiga individu yang membesarkan beta,
tanpa sempat beliau ketahui duduknya di atas takhta tertinggi dalam hati kecil ini.
maka kalau disempatkan Tuhan,
tulisan ini untuk ayahbunda berdua.

tak ada kalian, tak adalah anakanda ni hari ini.
sungguh bukan tangan-tangan kalian secara ritualnya atau secara kasarnya yang membentuk anakanda mu ini,
Tuhan saja mengerti akan apa saja yang kalian berdua kerjakan,
demi membesarkan anakanda mu ini, berserta adinda berdua.

kami bertiga dah besar, mungkin juga dewasa.
jadi setiap apa jayanya yang kami sempat tunaikan,
itu sedikit dari tanda kasih kami untuk ayahbunda.

kalaupun tak pernah terucap, ' i love u ummi abah,' or 'along sayang kalian berdua'
mungkin ada yang sempat terkesan di hati.
dan secara virtualnya seperti tulisan ini terpampang di skrin,

i do, love you both.
dearly. very, very much.
Tuhan kasi along dan adik2 sebagai permata hati kalian,
Tuhan kasi kami umi dan abah, yang mungkin ada cela, tak sempurna,
tapi superhero dan serikandi kami.
mungkin bukan idola, tapi tetap, penaung kerajaan kecil kita,
di rumah kecil kita.

semoga Tuhan sempatkan lagi kita,
sampai ke habis, dengan senyum dan senang di hati ayah bunda.


sincerely from your eldest princess.

nuridrin

20120502

soalan i

serba-serbi kalut.
masa, politik, sumber asli, hidup.
atas bawah, lintang pukang.
yang turut serta berhempas pulas,
yang duduk saja naik pening.

kalau tak guna akal, sabar dan kekuatan iman.
persahabatan boleh kucar kacir,
perkahwinan boleh tunggang langgang,
saudara mara boleh pecah belah.

kuasa dan wang,
boleh bikin gila.

tak ada wang, nyawa pun boleh tak terbela.
macam mana?

front seat,