Selain jadi kuat, pilihan apa lagi yang kita ada ? -
WRD
ayat pendek, padat. antara salah satu pilihan yang ada.
nak bahagia, nak kaya, nak hidup, semua kena usaha.
nak memulakan usaha, kena kuat.
nak meneruskan usaha, juga kena kuat.
secara ringkasnya, selain jadi kuat, itu saja pilihan yang ada.
yang paling pertama.
*sigh*
hidup banyak drama. terutamanya akhir-akhir ini.
kalau tak drama yang orang keliling boleh tengok,
cukup dalam diri.
tentang bila nak tetap dengan kerja,
tentang bila nak mulakan langkah seterusnya lepas kerja,
tentang bila nak mula fikir selepas fasa berkawan, bercinta,
tentang bagaimana nak mula kumpul harta.
tentang terlalu banyak benda, yang kadang-kadang boleh buat tidur malam tak lena.
kadang-kadang setiap lima saat tarik nafas sedalam-dalam yang mampu,
sampai sakit dada, sebab terlalu dalam tarikan nafas,
semata-mata untuk melepas rasa beban.
sebab ada terlalu banyak benda dan drama yang nak disudahkan.
supaya hidup tak sia-sia.
supaya masa yang ada 24 jam sehari tu terguna dengan optimum.
kalau boleh, semaksimum mungkin.
tapi di banyak waktu, di bila-bila kudrat dah habis untuk satu hari,
semangat dah luntur untuk satu minggu,
apa lagi nak buat?
tepuk dada, sendiri rasa.
kalau sakit, sendiri kena tahan.
maka, kena kuat.
jadi bila kak wani tweet macam tu,
serius, aku tak nampak banyak sangat pilihan yang ada.
selain menjadi kuat.
supaya iman yang sezarah debu besar tak tertiup dek angin,
supaya semangat yang berbaki nano-meter, masih mahu meniup bara-bara kemahuan dalam diri.
iya, tulisan ini sungguh gah bunyinya.
sebab aku mahu ia satu saat nanti ketika dibaca,
akan menjadi semboyan diri.
penampar di saat leka.
jadi, bila-bila nanti, ada yang sudah kesemputan rasa nak mati,
berpantang maut sebelum ajal,
maka,
Selain jadi kuat, pilihan apa lagi yang kita ada ?
Terima kasih, Kak Wani. :')