20120420

melangkah satu ke depan.

siapa yang tak mahu berbaring di atas riba kesayangan,
merenung pelangi petang di bawah pohon rimbun,
pagi disambut ciuman di dahi,
petang menyambut dengan senyum lebar sampai telinga?

siapa yang tak mahu di waktu malam gelap,
diteman dan dipeluk erat,
ketika mimpi ngeri bertandang mengganggu lena,
sampai habis dipunggah dunia?

siapa yang tak mahu merasa selamat,
kemudian menyelamatkan,
membiar rasa aman meresap ke dalam jiwa,
sampai bersama rasa gagah mengoncang semesta?

siapalah yang tak mahu diijabkabul,
cuma belum masa.
serius, siapa yang tak mahu?

hatta sebelum sempat mumayiz pun dah ada rasa suka,
dan dah ada angan-angan.
kalau tidak kenapa cukup gembira diberi hadiah anak patung,
yang dibelai dengan kasih?

sabarlah.
belum masa.

:)

No comments:

front seat,