20090602

masa punya musuh ketat

masa akan membawa kita berjalan jauh
jauh dari apa yang kita sangkakan
jauh dari apa yang kita mimpikan
masa banyak membantu sedikit sebanyak
mengubat luka yang berdarah,
menyemai rindu pada yang dibenci
merapat jurang yang jauh
menolak pergi yang buruk
positif dan negatif.

dalam hubungan
masa banyak memberi tanda ukur
hari lahir, hari ulang tahun,
hari pertama jumpa, hari terakhir jumpa
waktu dan momento tersendiri
peribadi dan yang bukan peribadi

ada waktu-waktu
masa menghukum kita
kerana mengabai istimewa yang disertakan bersamanya
dan itulah saat merasakan kosong yang tiada isi
seorang yang sunyi

tapi kelmarin aku diisi penuh
tiada istilah kosong walaupun aku sendiri
sendiri dari pasar seni ke rumah
sendiri makan nasi goreng pataya bungkus
sendiri tidur di katil
sendiri bangun dan masak air untuk sarapan
sendiri membasuh dan menjemur baju
sendiri melipat baju
sendiri dalam rumah yang sentiasa aku rasa penuh dan sempit
aku sentiasa sendiri di rumah
semalam tidak
aku pergi dengan kosong
aku nak tengok lagi dia dengan mata kepala sendiri
aku nak pergi salam dan peluk dia
aku nak juga jumpa dia kali pertama
dan salam dan mengagumi dia berdepan
dan mahu berjumpa dia kali kedua untuk merasa nada bunyi dia
dan walau tiga, cukup
sudah penuh dari beratus atau berpuluh dan beramai yang aku rasa sendiri
dan itu hadiah dari masa aku rasa
aku sudah tunggu dari awal april
dan semalam betul-betul pergi
walaupun abah macam tak nak bagi pergi
pegi juga. ada perlu dalam larang abah yang aku rasa aku perlu abai
sebab abah, aku rasa selalu lupa
masa sudah lama melingkungi kami
21 tahun antara aku dengan abah
dan dia selalu jauh dari aku
jauh jarak, kerana sebab kerja,
dan aku sendiri jauh sebab belajar
pulang sebulan sekali, dan aku memerap di bilik
dia sibuk dengan kerja
dan masa sedang mengikat dia pada aku yang beberapa tahun sudah terlepas

dan malam ini masa panjang
aku rasa macam nak telan ubat tidur dan tidur sampai ke satu waktu
yang mungkin aku masa tu dah sedia dengan apa yang ada untuk aku depani
tidur, adalah lawan masa yang panjang dan kosong.
musuh ketat.

1 comment:

rahmat haron said...

demi masa sebenarnya aku dlm kerugian

front seat,