20100815

limabelasaugustus

satu tahun lepas dari tarikh ini, aku merentas lebuhraya dari utara ke kuala lumpur, dengan hati yang berbaur. dan satu rasa yang pasti, adalah merasakan mati. dan aku tak pernah bayang ada esok untuk aku. yang paling jelas, adalah sekeliling aku gelap. hitam, kelam. beberapa waktu, aku macam sayur celur. bernyawa, tapi tak hidup. aku letakkan limitasi-limitasi pada masa-masa murung dan nyata, banyaknya aku langgar sendiri.

masa-masa ini, aku hanyut dan larut dalam dunia sendiri. dan masa ini juga aku selalu dipapah dari setiap jatuh. selalu dikuatkan jiwa. dan ulang-kali aku mati dan hidup semula. sampai ada satu saat, aku menangis di balik bantal tanpa ada setitis pun air jiwa. bahana hari ini setahun yang lepas.

dua darah daging, enam gadis besi, seorang peri kayangan, angel serba putih, penyambut setiap jatuh aku. malam-malam yang gelap sampai aku menggigil ketakutan, aku hanya berbantukan telefon bimbit di tangan, menuliskan semua seringkas mungkin, memohon didengar setiap tangis yang tak berbunyi. dan mereka, tabah mendengar dengan membaca. gigih memujuk hati aku yang mula mengeras. memberontak.

enam bulan jauh dari segala yang selalu aku gantungkan hidup, mencabar akal. mencabar hati batu aku. dan ada waktu-waktu aku kejung mengadap siling putih. mengharap mati segera datang. bukan kerana aku sudah tidak kuat untuk hidup, tapi kerana aku tidak sanggup menghantar bimbang kepada orang yang paling mengharap pada aku. aku keputusan kuat untuk menguat.

sehari sebelum hari besar, sebelum usia bertambah satu angka lagi, aku memilih untuk menamatkan segala yang aku ratap. memilih untuk mengakhirkan ranap yang memakan aku perlahan-lahan. sangkanya, benar sudah habis.

tapi hari ini, sudah cecah setahun. dan, sejak beberapa waku belakangan, aku sudah mula melihat matahari. semoga benar itu matahari dan bukan lampu picit. dan saban malam melihat bintang dan bulan. yang manisnya, sekarang semua biasa-biasa. tapi aku senang.

aku masih lagi gadis besi. yang menari atas api merah. dan tetap percaya pari-pari. serta, aku ada dia.

selamat datang limabelasaugustus. kau sudah setahun usianya.


20100814

perca

ada satu hari keramat, tidur malam aku yang baru beberapa minit diganggu.
yang langsung menghantar rasa berbaur yang mengganggu separuh siangku.

waktu itu, aku benar-benar mahu menjerit sekuatnya.
dan berlari, sejauhnya.
dan dalam rasa perlu dan tidak, aku kongsikan bersama separuh.
yang aku kira membidas laju dan tajam setiap laku ku.

sebelum di hujung hari, aku benar-benar sedar.
biarlah celaka mana pun semalam kepunyaan aku dan dia,
hari ini kami kongsikan perca-perca pelangi.
dan susun semula silangkata matahari.
semata-mata untuk hari esok yang tak pernah pasti.

setiap hembus nafas hari ini,
aku kongsikan dengan dia,
semata kerana aku ada dia,
tak mencari sempurna dia,
dan bercukup dengan adanya dia.

awak, terima kasih.
hari itu, awak betul-betul buka mata saya.
walaupun bahasa awak, nyaris buat saya menangis dalam jamban.

20100807

hitam putih I


kredit utk faiz.

setiapnya,
adalah senyum-senyum yang baru mula berputik.
terima kasih. dan benar, seperti orang biasa yang tak punya kuasa magik,
sempurna itu jauh benar.
tapi kita ada satu sama lain, kan?

pertama

ada suatu masa ketika aku sudah berniat mahu melepas pergi segala kenangan waktu lepas. setiap yang mengundang air jiwa bergenang. melepas pergi tanpa ada rasa marah dan benci. dan ketika itu aku melihat ada arjuna di sini. yang memandang terus ke dalam mata hati. yang setiap malam mendodoi aku dengan bahasa-bahasa indah. yang membobok setiap kehancuran yang memamah hati aku satu ketika dulu. yang membuat aku kembali percayakan pari-pari dan kayangan.

setiap jalan-jalan berlampukan neon yang kita susuri malam itu sambil berpimpinan. tanpa bicara dengan bahasa yang terlahir. sekadar genggaman dan selang seli dengan lirikan mata yang menyampai rasa kita cukup. padu dan penuh. tak ada bahasa-bahasa puisi yang bisa memberi lukisan dan gambaran pada rasa yang kita alami ketika itu. sedangkan langit dan bintang-bintang malam memberi izin pada rasa yang kita ada disuara dengan bisu. tak ada sekilas pun niat membawa ke mana kita akan ada hari ini. kerana malam itu sebenarnya hati berbicara terus dengan hati. tanpa selindung di balik tabir-tabir organza. terus, telus.

malam kita bicarakan tentang kecewa dan sakitnya malam-malam sudah kerana cinta. kerana hidup. malam yang kita bicarakan tentang angan-angan kita masing-masing yang rompong. yang berlopak-lopak. gara-gara kehancuran hati setiap antara kita. malam yang kita sebenarnya mengharapkan antara kita adalah teman yang mengirim bahu bersandar. sekadar teman. malam yang sebenarnya membuka jalan ke dimensi yang tak pernah sekalipun terbayang. tak pernah tertaakul dalam mana algebra.

setelah itu setiap hujan sering memberi makna. membawa ingatan. menghantar rindu pada wajah dan jiwa yang belum pernah tersua. setiap terbit dan terbenam matahari lebih terisi. lebih bermakna bila setiapnya dikongsi. sekalipun atas tali-tali yang transparent. tidak kelihatan sama sedikit pun. sejak itu setiap cerita kedengaran dongeng. biarpun kosong dan hanya cerita-cerita biasa.

pertanyaan hati yang menghantar getaran pertama, adalah titik tolak. yang membawa angan ke realiti. yang membawa kita ke dimensi yang seakan fantasi. mimpi-mimpi sedang menjadi nyata. setiap panggilan sudah mula bersahut. setiap tidur malam mula diisi senyum mengganti air jiwa. pertanyaan hati yang sebenarnya membuka laluan kepada lampu-lampu jalan menyala sepanjangnya. membuat kelam yang gelap menjadi terang. yang membuka jalan kita ketemu di tengah-tengah. di antara segala hiruk pikuk dunia. di situ pertama kali kita bersua.

pertama-tamanya.

4 ogos 2010
wang ulu, perlis
b6-ab-1g

from notes at fb.
medium menulis bila tak boleh guna blogger.

a welcome back.

trust me, most of things are uneasy.
but most of things made that way just so you will appreciate it more.
like living life.
like being in love.

there are times when you just need not to have it.
then you will find its importance.

and once you have it, you'll treasure it more.
i've learnt some of mine.
have you?
:)

happy weekend people.
i know i've been away too long.
too long.

front seat,