20090625

rindu #2

esok ke kuantan,
sekali lagi pergi jumpa pantai.
kali terakhir sebelum cuti ini benar-benar berakhir,
dan meragut pergi semua senang lenang dua bulan ini.
lesen L dah keluar.
alhamdulillah. alhamdulillah.

seminggu je tinggal.
6hb kelas mula.
aku tak tengok jadual betul2 lagi.
yang pasti sem depan makin susah.
dan ke depan juga makin makin susah.
kalau makin senang aku akan lupa diri.
jadi, harus wajib ingat dan sedar diri selalu.
tak banyak yang jadi.
aku pun tak banyak yang nak cerita.

sedang sedih.
sebab sedang berjauhan.
kuala lumpur - melaka.
dari kuala lumpur - shah alam, ke kuala lumpur - melaka.
untuk kebaikan, ya insyaAllah.

huuu, tolong la sesiapa yang berkenaan.
menyanyi ke, mainkan gitar ke.
sunyi. dan sedih.
i wonder macam mana aku rasa,
kalau aku kat tempat umi,
berpisah sama abah jauh-jauh dan lama2.
sobs.

24 jun 2009

malam-malam sepi yang tak ada kelip-kelip
mahu meminjam cahaya barang sedikit
salakan anjing mengongoi di hujung jalan

tadi petang ribut sakan
meroboh pokok jalanan
menghempap bumbung bangunan
yang kedengaran hanya puting beliung angin
hempas menghempas

20090624

hari senyum.

melihat kembali ke tahun-tahun yang sudah.
ada banyak hal yang aku, kalau boleh ubah,
aku nak ubah.
tapi, hakikat bahawa masa itu tak akan berpatah balik,
atau boleh diulang-ulang,
akan kekal membiarkan sesuatu yang sudah lepas,
terus berlalu.
aku yang ada sekarang, sedikit sebanyak,
bukan yang dulu lagi.
aku sudah ada banyak yang baik,
dan manis, dan menyenangkan.
syukur, syukur.

ada dari tiada.

20090621

cuti kali ini

kesimpulan secara ringkasnya,
satu hari bintang jatuh,
2 majlis perkahwinan.
satu holiday sama family,
1st move ambil lesen,
some times sama kwn lama,
and thats it.
cuti ini 2 bulan yang panjang.
dan agak kosong.

tapi syukur.
sudah ramai yang sudah ada kehidupan sendiri
sudah ramai yang bina masjid
sudah semakin dewasa setiap dari kami-kami yang dulu kecil
dan tidak mengenal apa.
masa semakin pantas berlalu,
apatah lagi bila sudah berpangkalkan angka 2 di depan penentu ukur hidup,
umur.

cuti ini sudah mula meletak penamat sebelum 5 julai.
:(
tak apalah. panjang umur, ada cuti lagi.
cuti utp dengan unimap kan lebih kurang.
*senyum tawar*

bora ombak,


wedding lagi.
meet some old friend.
i look a lot older than i should.
haha.









this is the bachelorattes,
and two young bachelors.
dulu kecil2 kita semua main2 dekat kg melayu majidee, jhr.

front seat,