20120131

of the beat,

i cannot keep being in this beat.
this slow, sad melancholy beat & rhythm.

its killing me silently.
from inside out.

but i just can't keep being cool at all time.
sometimes, i failed.
dear you, for being there even at the end of the line,
or a silent company.
i thank you.
i really do.

another lost.

yang ada diambil bila sudah sampai masanya,
yang akan meneruskan hidup, inilah ingatan dari Pencipta kita.

dari umur enam bulan, sampai dua puluh satu tahun.
tangan yang mendodoi, menyuap makan, memeluk di kala takut,
dan telinga yang mendengar keluh kesah, cerita suka duka,
bahu yang menahan setiap kali perlu tempat mengadu,
dan jiwa yang paling tulus,
ketika seluruh pemuja cinta mengagungkan cinta tanpa perlu bersebab,

hari ini, Tuhan ambil satu pasak yang paling teguh dalam hidup seorang aku.
orang yang paling sayang kan aku tanpa perlu menjadi sedarah daging,
orang yang paling peduli setiap inci perubahan aku,
orang yang mengajar aku banyak perkara dalam hidup.


Mac 1960 - 31 Januari 2012.
Selamat menemui Kekasih kamu, kak yah.

tak kenal idin dengan huruf kalau tak kak yah yang ajar.
tak kenal idin dengan sabar, kalau tak kak yah yang pujuk.
tak kuat jiwa idin dengan dugaan hidup kalau tak kak yah yang bagi semangat.

semoga Tuhan rahmati kak yah.
semoga semua amal kebajikan kak yah meneman sampai hari akhir nanti.


kepada yang sudi membaca,
sampaikanlah doa kalian untuk insan sebaik kak yah.
kasih sayang sepanjang 21 tahun, dan bersambung 3 tahun selepasnya dari jauh ini,
saudara sedarah daging pun tak tentu boleh beri.

20120125

improving yourself for a better future.

amaran: ini sekadar pandangan dan pendapat. nak terima sila, tak mahu pun tak apa. yang elok, ambil, yang tidak jangan.

minggu lepas, untuk pertama kalinya aku melibatkan diri dengan career fair anjuran program latihan company.
khas untuk student-student dari program.
sambutannya, bolehlah. sebab kecil-kecilan.
abaikan soal majlis dan sempurna-cacatnya perjalanan.
biasa, mana ada majlis sempurna.
aim pun kecoh, ajl pun sama, event gah uni pun banyak omelan sebelum, semasa dan selepas.
enough.

yang menarik perhatian aku,
komen-komen dari employers.
isu para calon segan silu berbahasa inggeris.
aku guna istilah segan silu sebab,
bila penemuduga tanya in english, the candidates reply in manglish.
okay, perlu diketahui, program berjalan sepenuhnya dalam bahasa inggeris,
semasa kelas. luar kelas, terpulang.

masa aku sendiri dalam program,
sumpah, kalau tak sebab kena paksa,
dan rasa mahu perbaiki kelemahan,
memang aku cakap melayu siap loghat utagha.

bila kawan-kawan kata english aku bagus, aku segan.
bukan sebab memang bagus.
tapi sebab aku rasa belum cukup bagus.
in fact, penggunaan aku di tahap intermediate.
habis program,
perlahan-lahan aku kelebet-kelebet novel-novel angah dan adik.
adik-adik aku memang kaki jugak novel.
cuma diorang banyak english dari malay.
dari situ aku tambah kosa kata.
main-main dengan penggunaan harian.
manglish pun manglish.
belasah.
lepas tu, aku kan suka tengok drama siri TVD, aku tengok dengan sub english.
movie yang download pun,
sebab dengan cara tu, aku tahu macam mana nak pronounce certain word with certain slang.
tak percaya tanya budak-budak unimap01,
english aku kadang-kadang semacam slanga dia.
sebab aku mixed.
masuk kerja, dah tak guna. last aku guna fully correct grammatical english,
masa interview dengan ceo.
lepas-lepas tu, memang kurang dah.
alhamdulillah, sebulan masuk kerja, dapat geng.
amoi sally, dengan dia aku keep on practicing english language.

see, adik-adik, dan rakan-rakan yang masih belum berkerja.
bukanlah nak mengagungkan bahasa penjajah ni.
but its good if you can speak, fluently.
with minor grammatical errors.
trust me, you can improve.

at least, masa interview, all out habis.
sebab, aku teringat kata bos,
ada seorang candidate, qualification mantap. achievement mantap,
siap kagum lagi dengan kemampuan dia berbahasa german,
but when it comes to english, dia gagap.
bos cancel nak ambil. SAYANG! your chance slipped away just like that.

yer, rezeki ada di mana-mana.
tapi tak pernah salah kalau rebut yang depan mata.
sekarang, susah nak dapat kerja.
serius. jadi, sama-samalah kita perbaiki kelemahan okay?
blog ni pun manglish. tapi ini cara nak improve jugak.
selang seli entri bahasa melayu baku dengan english with minor grammatical errors.
sebab angah ambil tesl, maka dia akan tempelak aku kalau aku salah tatabahasa.


yang mana elok, ambil.
yang tidak tinggal di sini.
:)

Wordy Wednesday.

seminggu yang sesak.
mana nak mula eh?
sikit-sikit okay?
dalam 2 minggu sudah, balik je dari cabut gigi geraham bongsu,
aku terus tekadkan hati minta izin bos, kata aku nak naik atas,
tolong orang department lain dengan apa sahaja bantuan yang mampu.
sebab? aku serius mati akal berbulan-bulan tak bikin kerja.
tapi gaji masuk. dah macam makan gaji buta.
alhamdulillah, dapat izin. terus meluru cari kerja.

sejak hari tu, kerja aku adalah call students dari program latihan yang sama dari mana aku pergi dulu,
dan membuat pengesahan alamat.
sebab? sijil-sijil yang baru siap akan diposkan.
hari pertama dapat habiskan satu batch. sampai ke minggu ni,
dah 10 batch selesai. :)
pengalaman? itu latihan percuma as helpdesk.
jaga pertuturan, jangan gabra, dan sebagainya.
ada jugak student marah-marah.
sebab sijil lambat. tapi sebab aku berada di kedua-dua pihak,
aku bekas student dan aku jugak kerja dengan company,
dapatlah aku tahan amarah dan jelaskan.
nak terima tak nak, itu hak student tu lah.
tak kurang jugak yang sinis-sinis.
alahai, kalaulah semua orang bertukar kedudukan.

16 hari bulan januari,
Autumn Monday Stripey Tail Stereo Head lahir.
anak ruby. :) panjang kan nama? tak pelik.
moktam dulu pun nama dia Jasper Moktam Tecik, The Scratch-er.
nama panjang-panjang, aku panggil autumn, adik panggil baby.
rasanya, jantan. tapi entahlah. autumn dah 9 hari, hari ni.
alhamdulillah. seronok dan happy autumn survive.
Summer Monday yang tak panjang umur, semoga selamat di sisi Penciptanya.


dua tiga malam lepas, mimpikan Puteh lagi.
sekejap aje. Puteh datang, aku peluk, dia lepas.
itu saja. rindu kot.

hmm. esok khamis. minggu ni harap masa berlalu pantas.
walaupun tak tahu esok akan ada apa.

20120120

soalan.

sanggupkah awak berdua dengan saya sampai syurga?
dan sanggupkah saya menghadap hari demi hari dengan awak berdua susah dan senang?


front seat,