tanah tak cukup besar.
aku senang bergolek di atas katil.
pusing ke kiri, pusing ke kanan.
mengharap agar mata tambah berat.
dan aku bisa lena selama-lamanya.
supaya aku cuma bisa hidup dalam mimpi.
tapi, sampai bila mahu hidup bermimpi?
sedang setiap hari ada realiti yang menunggu untuk ditempuh.
hati aku main tarik tali dengan suara-suaranya sendiri.
semalam jadi anak jawa.
aku tak tahu mana minda hilang, aku sampai hilang fokus.
betul-
betul hilang fokus.mungkin aksesori super berat sudah menjadi magnet menarik keluar memori aku dari kepala.
aku cuma nampak crowd yang ramai.
dan malu yang menanti.
tak, crowd tu bukan tunggu kitorang.
diorang tunggu yuna.
esok malam aku jadi anak bollywood.
entah, apa nak jadi aku pun tak tahu.
aku rasa aku tak akan menulis lama di sini.
mungkin pindah, mungkin berhenti terus.
aku hilang inspirasi beberapa waktu ini.
paling penting, aku hilang semangat macam waktu mula-mula baru menulis.
1 comment:
xkurus mana boleh jd puteri keraton!
hahahahahahah.
Post a Comment