dari tulisan aku kira bernas dan menangkap mata dan hati untuk terusan membaca.
ini cukup untuk mengingatkan aku pada hari-hari lepas.
yang aku ini seorang yang sangat renyah,
menyusahkan.
maaf, sungguh.
bersama engkau itu mengajar aku untuk menjadi sangat manja.
sangat dependent.
aku sudah malas ambil pusing kalau aku cuma mengejar bayang-bayang.
cuma mengharapkan sesuatu yang tidak akan ada.
yang penting, aku masih hidup.
dan perlu terus hidup, demi tanggungjawab yang terletak atas bahu aku ini.
yang aku sangat banyak hutang pada umi dan abah.
yang aku sepatutnya menjadi contoh untuk adik dan angah.
yang aku sepatutnya menjadi teman yang ceria dan menggembirakan buat kalian semua.
yang aku sepatutnya sudah get over all this and have a life.
iya, aku tahu aku perlu melakukan semuanya.
maaf, masa yang panjang belum berjaya aku gunakan sepenuhnya untuk pulih.
tak ada salah sesiapa kerana ini adalah apa yang aku pilih sendiri.
biarlah kalau ada yang mahu labelkan apa saja. hak engkau.
mulut dan hidup engkau kalau mahu sibukkan aku.
dan maaf sekalian sayang-sayang,
aku belum bersedia memberi hati pada orang.
kecuali, kalau sudah Dia letakkan jodoh di depan mata aku yang rabun.
cukuplah aku ada cinta Dia,
cinta umi dan abah, cinta angah dan adik.
cinta dan kasih teman-teman.
mungkin juga, aku fobia dengan cinta selain yang bersifat di atas.
maka, biarkan aku.
dan iya, seperti orang gila, aku hari-hari membelek album yang sama.
melihat, membelek,
dan kemudian mengeluh.
biasalah, kita kan manusia.
yang bila apa saja yang berharga ada depan mata,
mana mungkin kita mahu menghargai.
dan bila Tuhan sudah mengambil semula pinjaman-Nya,
baru nak mengeluh kesah.
ini adalah pahit yang manis tentang hidup.
tapi dalam diam,
hati aku selalu dipenuhkan.
bohonglah kalau tidak ada lompongnya.
ada, pastilah ada.
cuma, penuh itu adakalanya cukup.
:)
and live in past was not that bad.
itu perlu untuk aku.
untuk terus biasa.
untuk terus ada nyawa.
kalaupun jiwa dan hati mati untuk yang lain.
thank you for holding on that long.
and let it go then.
2 comments:
saya ada.
:)
ceriakan hari anda dengan sy..hehehe.. smile always reenn.. ur da best k..
Post a Comment