20100105

sandcastle

kita ke pantai
dengan kaki tangan yang kosong
kita binakan rumah pasir
yang kita besarkan
kita tinggikan
kita kukuhkan menjadi istana

cantik
indah
bertingkap kecil
menara setiap penjuru
berbentuk bagai
dilingkung pagar sendiri
gahnya
rumah pasir kecil kita menjadi istana indah

kita angankan kamar beradu
kamar orkestra
kamar untuk kamu memetik gitar
atau piano
dan aku akan menyanyi dan menarikan irama mu
yang seindah ombak yang sedang kita dengarkan
kita pasakkan bendera kecil
tanda kuasa jajahan kita

tapi lupa
kita lupa kita sedang membina istana pasir

klise.
ombak datang
mengangkut pergi segala butir pasir yang telah kita padumampatkan
debushhhh
sebelum sempat kita lari
runtuhan pasir yang tinggal di badan
di kaki dan tangan

dan sebaik habis air masin dan air mata yang bergabung aku kesatkan
engkau sudah beralih membina istana lain

mudah
iya kerana itu istana pasir
bagi engkau

yang bagi aku mahligai paling indah yang mampu

klise lagi
hidup memang begini
kalau yang indah cuma di syurga


notakaki: menulis itu satu terapi. menangis itu juga terapi. bersujud juga terapi tetap. tak hairan kalau lama-lama menggila. jangan hairankan pun.

notakaki ii: wahai sayang. ku sangat inginkan apa yang ku katakan. mohon diberi tunjuk ajar. usia ku tak pernah membukti ku serba tahu. cukup, kalau mu buatkan yang paling minima, boleh?

notakaki iii: anak sulung. maaf. saya makin menghancur. saya pilih begini. saya tahu kamu akan marahkan saya nnt. tapi, kamu lebih mengerti kan kasih sayang dan rasa sebegini.

notakaki iv: kalau membaca, saya sedang. seperti yang dikata. tapi saya hancur. jadi maaf, kalau sisa perca saya merata dan menyemakkan mata dan hidup kamu. saya kutip, saya janji. secepat mungkin. setahun setengah paling lama. bersabar, boleh? tolong. saya hutang nyawa begini.

1 comment:

ladylee said...

sayang,
tak pernah marah kamu..
tapi,
saya sedih bila kamu mcm ni..
huhuhu..
xda di sisi nk bg kekuatan..
walau diri pn ranap..
tapi rs nya masih mampu mahu hangatkan hati kamu..

front seat,