20100217

koma,

selain noktah. aku letakkan koma.
untuk berhenti seketika.
belum habis. belum sudah.
tapi,
paling tidak,
boleh berhenti seketika.

silakan benci.

aku sudah kata. aku hati batu.
aku diajar abang-abang bukan sedarah daging,
supaya aku berhati kering.
bila saja aku yakin dengan apa mahu aku.

maka iya.
muka dah habis tebal
habis digelak
habis dibual
habis dimain-mainkan.

dan teman entah dari mana dilayangkan dekat aku tadi
membuatkan aku senang dalam kegilaan kecil ini.
maka, terima kasih kerana membenci.

hati aku tetap aku keringkan
dan aku biarkan setiap zarah perasaan yang bermaharajalela
berterusan menguasai
setakat tadi.
sekarang aku perlu istirehat.

nyawa aku belum sampai hujung
aku belum diseru pulang setakat ini.
maka, aku tak perlu izin siapa pun
untuk terus menerus bercinta dengan bayang-bayang.

teruslah membenci

aku sudah beri semua
aku sudah habis jujur walaupun baru sekarang,
dan belum mahu mengutip perca-perca yang engkau koyak
dan campak
yang bersepai di jalan yang masih aku lalui saban hari

boleh, sila.
benci dan katalah aku perempuan gila

apa saja
benci engkau masih belum cukup konkrit
untuk menghalang aku
ketawa sinis engkau tidak bisa menghancur serpih-serpih aku
yang menguat ketika segenap ruang aku melemah

seperti mana aku memutarbelitkan tulisan ini
seperti itu juga aku menyukarsusahkan hidup aku
yang tak perlukan kreditasi untuk engkau
kerana menyapu warna benci

ruang antara aku dan engkau adalah benci
dan sekeliling aku berselubung
dengan satu perasaan pasti

puso nasira.

dan aku masih memerlukan koma, selain noktah
untuk malam ini.
selamat malam.

No comments:

front seat,