20100307

hujung minggu

kembali ke satu tempat paling hujung.
seorang. sunyi.
tak suka. sayu.
satu hari tak akan cukup.
mana nak cerita.
mana nak kongsi.
mana nak bertukar.
mana nak melayan manja berganja.

jadi untuk itu,
terima kasih sebab tinggalkan aku dulu.
kerana aku dibuka mata seluasnya,
menyedarkan aku sangat ada kawan-kawan.
terima kasih juga kalau kadang-kadang tertikam aku.
sengaja atau tidak.
aku semakin merah dengan dunia.
tak ada marah.
tak ada dendam.

kerana,
aku masih dipunya mereka.
aku masih dimahu mereka.
aku masih diampuh mereka.
paling besi. paling kental.
paling hangat. paling segala.

jalan masih jauh sayang.
matang itu sungguh hanya di bibir aku semata.
kita masih anak-anak kecil yang cuma kita-kita tahu melayan.

aku, mula rindu.
sangat. satu hari amat tidak cukup.
tapi, aku tidak layak untuk minta lebih lagi.
ini saja sudah berlebih.
terima kasih gadis-gadis besi.
walau cuma kita berlima.
menanti masa bergabung bertujuh.
dan teman sosial, bertiga belas.
tadi tak cukup. tapi, penuh.

puas. peluk penuh haru.
balik dengan kotak kek.
dengan muffin sebanyak2.
dengan senyum tak habis lekang.
dengan penat gila babi.
dengan rindu yang makin mencanak semula.
dengan rasa penuh.

sayang.
macam darah daging.
tanam. dalam. hati. kepala.
jangan tuai.
besi

aku yakin diorang tak berjanji. tapi nampaknya mereka sehati sejiwa nak pakai hitam. :P

No comments:

front seat,