dan mimpi tetap akan ada untuk pemimpi.
setiap kali mata terpejam,
dan walau bagaimana aku merayu sekali pun pada malam,
supaya mimpi dijauhkan untuk aku.
kerana aku cuma mahu tidur yang lena.
sayangnya, di setiap bukaan mata,
aku masih pemimpi yang sama.
antara mengecewakan dan merasa kecewa,
aku lebih senang merasakan kecewa.
kerana perbuatan mengecewakan itu,
meninggalkan rasa bersalah.
dan pada seorang aku,
rasa bersalah, akan terpalit di hati,
yang aku bawa ke mati.
rindu kadangkala membunuh semangat,
yang semakin pudar detik demi detik.
air mata setempayan sekalipun,
selagi belum ditemukan apa yang dirindu,
takkan pernah kering.
tapi, ada rindu yang cuma perlu diubat dengan,
satu panggilan. cukup dengan satu.
puas.
kalau boleh, aku mahu dewasa yang berisi.
penuh, padat dan tidak sia-sia.
tapi, suku umur hidup,
sudah tersia dengan kekecewaan.
yang mana bukan pada Tuhan harus aku tunding jari.
tapi pada diri sendiri.
yang bodoh kerana berjanji,
dan menerima janji yang bodoh.
dan indahnya sebenarnya dunia yang sementara ini.
adalah tanpa mencari kesempurnaan padu.
cukup dengan apa ada.
"tolong, jangan diujar lagi,
aku tak mahu mati,
berkali,
esok, aku kan tiba di lapangan terbang
dan menghilang"
-askar, wani ardy
minggu 20.
berlalu bagai angin lalu.
1 comment:
aku tak mahu mati..
berkali..
suka ayat ni..
Post a Comment