aku nak lari lagi ke sana.
dan duduk diam-diam.
sepanjang di atas, hati aku pegun cuma untuk seseorang.
tak ada hantu-hantu lain yang merasuk dan menganggu.
dekat atas, tak ada kawasan yang ada line full bar.
dan walaupun susah nak berhubung,
aku rasa dia ada di mana-mana.
semua kecelakaan yang aku alami beberapa waktu,
padam. hilang. kalau datang dalam bayang-bayang,
cuma senanosaat.
dan senanosaat yang tak ada kesan ke hati.
bulan ogos mendekat.
aku dah rasa perut penuh dengan kupu-kupu berterbangan.
jujur, aku cuak. takut.
ada banyak hal di depan aku tak tahu.
tak nampak, dan tak akan nampak.
tapi dari mana aku berdiri,
aku rasa aku tahu apa yang aku mahu.
aku mahu apa yang sudah tertakdir untuk aku,
ada dengan aku.
walaupun jauh tak nampak.
sebab aku dah biasa berjauh.
walaupun cuma bisa melihat di skrin laptop.
aku mahu dan aku sangat menghargai.
dan aku tak akan putus-putus berdoa.
memohon yang terbaik.
untuk semua yang aku sayang. semuanya.
baik mereka ingat atau tidak.
tak lambat nak positif lepas juta-juta kali negatif.
terima kasih, sebab lepaskan dulu.
terima kasih, sebab sakitkan dulu.
terima kasih, sebab baru datang.
terima kasih, sebab bagi peluang.
terima kasih, sebab sentiasa ada, walaupun kita semua berjauhan 24 minggu ni.
mungkin aku making cembeng.
makin tak kuat di satu tempat,
makin nampak kecil di mata orang lain.
tapi tetap garang,
tetap miss strong bila tahu ada pasak kuat di segala sudut,
dan tetap kecil di mata Tuhan.
aku ada apa aku perlu.
Tuhan tak pernah kedekut.
doa aku dimakbul, cuma cepat lambat.
hey awak, 3 minggu.
hey kalian, 3 minggu,
hey rumah, kurang seminggu.
:)
1 comment:
sayang,
kuat tahu..
kamu kan gadis besi saya..
takkan boleh lebur..
kalau mahu..
mari lebur sama sama..
insyaallah..
kabahagiaan itu akan ada..
cuma cepat atau lambat saja..
tak apa..
biar sedih sedih dulu..
senyum girang kemudian k..
ingat,kalau sesiapa tak ada..
saya ada..
bahu masih kuat mahu menanggung kamu..
jaga diri..
tak lama lagi dapat jumpa..
Post a Comment