setiap kali aku dengar lagu ni, instead of terbayang abah, aku terbayang umi.
umi, orang yang susah payah lahirkan aku 22 tahun lepas.
aku tak tahu cerita sakit,
jerih perih dia untuk membolehkan aku bernafas sampai aku dapat lahir.
aku tak pernah tahu.
cuma yang aku tahu, sebaik aku lahir, umi masuk wad balik.
itupun aku tak tahu dengan jelas apa jadi masa tu.umi aku, tak sama macam mak orang lain.
aku tak ingat cerita aku dengan umi dari kecik sampai sekitar sekolah rendah.
tapi yang aku tahu, umi dah mula merancang untuk masa depan aku dari kecil.
merancang yang berkait dengan simpanan dan seangkatan.
mungkin, aku dengan umi bukan kawan paling akrab.
tak ada peluk cium yang beriya,
tak ada sharing and caring macam dalam drama- drama yang aku tengok dekat tv.
tak ada secret telling session. tak ada.
aku, dari kecik memang anak yang degil.
(kecik tu, kita rangkumkan sekitar aku sekolah rendah)
antara kami bertiga, aku yang paling susah nak dijaga.
paling jahat dan memeningkan kepala.
akulah tu. sampai hari ni pun, masih.
cuma, dah besar, aku paksa diri berfikir jugak sebelum buat apa-apa.
tapi, tetap. menyusahkan.
hari ibu yang tiap-tiap tahun orang uar-uarkan,macam hari-hari biasa.
jarang celebrate ke,
jarang ada apa-apa yang istimewa.
cuma, aku ingatkan diri, jangan pernah lupa 24hb jun.
sebab tu hari lahir umi.
umi, macam aku, kalau tak ingat tarikh2 penting tu,
dia merajuk. hehe.
tapi, tahun ni since aku ada blog, aku nak menulis
untuk umi.
bismillahirahmanirahim.
to my dearest umi,
tak selalu cakap,
rasanya tak pernah cakap pun kot.tapi, along sayang umi.
jahat-jahat along pun,
tetap anak umi.
dah lama tak buat apa-apa yang membanggakan, kan?
dah bertahun-tahun bawak masalah kan?
tapi, terima kasih sebab tak pernah lupa doakan.
terima kasih sebab tak pernah beza-bezakan kami 3 beradik.
terima kasih sebab lahirkan kami tiga beradik.
terima kasih bersusun sampai sejuta pun tak akan cukup untuk rasa berterima kasih.
umi, tetap paling istimewa.
sebab umi bertahun membesarkan aku dan adik2 tanpa suami di sisi.
(sebab abah selalu kena posting sana sini)
umi menguat dari dulu sampai ke hari ni.
umi, along sayang umi.
sayang yang bukan boleh tunjuk dengan mata kasar.
sayang yang semoga nanti Tuhan beri bahagia limpah ruah.
sayang yang semoga, umi akan berlapang dada tengok along, angah dengan adik nanti.
umi, thanks sebab selalu jadi guardian angel.
yang tiba-tiba muncul.
along takkan pernah mampu balas setitik pun apa yang umi dah buat selama ni.
along sayang umi.
sayang sangat.
Selamat Hari Ibu, Umi.
jangan pernah putus doa untuk along.
untuk adik2.
6 comments:
akak tktau kenapa tp sebak kot baca entry yg ni
Thks Idrin, for writing this post. Idrin pun ade persamaan cam umi, suka tulis2 cam sajak...Cicik sensitif senior2 ni, mengalir gak air mata ni. hehehe. Cicik harap anak2 cik pun menghargai ape yg cicik lakukan walaupun cicik ni panas tak tentu pasal jugak....
Love you...
sgt terharu..
jtuh jua tetes air mata..
huhuu...
akak..
adk baca post nie sgt2 terharu..
hampir2 mengeluarkn air mata..
sebak sgt..
teringat umi adk juga..
Assalamualaikum
Girl...panggilan sebelum ada Farah
Yong.. (Yong Peng kata pak cik Asral)
then Along
IDRINNNNNNNNNNNNNN....bila ANGIN ummi dah naik
TQ atas segalanya..yr writting
maaf ummi juga dalam KEGAGALAN untuk jadi UMMI yang DIIDAMkan
cicik pagix dah bagi tau about writing/post ni
kita Tak BERCAKAP ???..
walaupun umi KUAT BERCAKAP ??
kita boleh mulakan semula...
yang ummi ingat ..
along satu-satu nya yang ummi akan buat story telling...
..ceria Cik TUDUNG MERah..
yang masa mengandung Ummi rajin MENGAJI....terima kasih pada takdir yang membawa umi bertugas jauh dari KOTA dan family
dan rumah yang ada HANTU...
KENAKALAN along masa darjah 6 buat ummi KURANG percaya
along kena YAKIN
naluri seorang UMMI yang dikurnia ALLAH SNW...selalunya dapat BAU...
doa dan harapan ummi
apa yang TIDAK BAIK pada diri ummi buatlah pilihan untuk tidak MENGIKUTnya
kerana KITA punya pilihan
begitu juga dengan along
along cukup matang pada usia 22 tahun(kalau ummi dah minta izin nak kawin dari Pah & Aki pada usia 21...)
harus ingat apa jua yamg alaong buat AKIBATnya along sendiri yang tanggung ....
CINTA ????
Ummi pernah meninggalkan CINTA kerana CITAX mengejar impian ingin BERJAYA....
ya ummi bersyukur dengan apa yang ummi dapat ..
kurnia
ALLAH SNW... ummi berusaha ..berdoa
tapi tiada XKEKASIH ummi yang jadi musuh
KAMI..sebagai satu BIG FAMILY
TQ pada insan yang bernama ROSNI
yang AMAT MEMAHAMI dan mengizinkan
PERSAHABATAN kami
along
ummi belajar
CINTA tidak semestinya berakhir dengan PERNIKAHAN tidak juga PEMUSUHAN/MEMBENCI...
U can burn/delete all the photo/letters/blogs??
but U cannot erase/ DELATE
memories..........
CINTA perlu pengorbanan
ya...adakala kita terpaksa MELEPASKAN CINTA itu kerana CINTA tidak boleh di PAKSA
ada masa terpaksa BERALAH demi WANITA lain/KEKASIH kecundang pada yang lain...
atau CINTA dipanggil ALLAH SNW
CINTA juga tidak boleh diKEJAR
CINTA tetap datang dan pergi
CINTA tetap mekar
tanpa LUPA CINTA pada PENCIPTA
ALLAH SNW
MAN WHO love U would'n TOUCH U...
kalau tak punya KEMAMPUAN
kejar satu demi satu IMPIAN...
berusaha..berdoa..(SOLAT...)
tanpa give -up
All the best
.........ummi.........SUZIZ
for reading this, thank you.
and i'm glad that umi did read this.
this is a tiny appreciation i could give.
and one of the way i could think of to let umi know, i do love her.
that i am, part of her.
and no matter what,
i am always her daughter.
part of her, now and then.
umi, i do love you.
thank you so much. :')
Post a Comment