bercinta tu, memang sebenarnya bermain dengan gelombang besar.
sebab, ianya antara mencari puas diri memilikkan sesuatu yang lagenda dan mencari redha Dia dalam setiapnya.
bercinta bukan semudah mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dari teori-teori puisi cinta, mitos-mitos cinta, lagenda-lagenda cinta, kisah-kisah agung cinta atau apa sahaja yang dijadikan simbolik melambangkan cinta.
bercinta itu sebenarnya perjudian nasib.
permainan takdir.
dan ada saja yang kecundang.
di mana-mana titik perhubungan.
cinta adalah komitmen.
yang tak ada apa-apa jaminan.
sebab, cinta datang dan pergi.
wujud dan hilang.
antara mitos, lagenda dan kisah benar.
ada yang mengibaratkan cinta seperti mempercayakan wujudnya naga, wujudnya pari-pari, wujudnya setiap yang indah.
tak ada hukum kanun yang mengatakan benar atau salah pada sesiapa saja yang mahu mendefinasikan cinta.
tak ada.
kerana cinta itu paling indah antara hubungan lelaki dan perempuan yang diakadkan.
yang disatukan dalam ritual dan kepercayaan masing-masing.
cinta itu indah kerana ia datang dari raja kepada segala raja.
hati.
sesuatu yang Tuhan anugerahkan pada kita yang kita langsung tak ada kuasa mengatur susun walau kuat apa pun jati diri kita.
cinta itu, sesungguhnya mimpi paling ngeri kalau dimusnahkan.
sengaja atau tidak.
bercinta itu, ada masanya ibarat meniti di atas seurat tali tangsi.
mungkin boleh dihalusi lagi tali itu menjadi lebih halus.
tajam, misteri dan tak ada hujung melainkan infiniti.
tak ada pucuk pangkal yang terang.
dan sehebat mana pun pemuisi cinta, penyanyi lagu cinta, penulis lirik-lirik indah, pemilik darjah tinggi tentang cinta sekali pun belum bertemu asal usul sebenar.
bercinta itu boleh dengan orang asing.
dengan orang yang tak pernah dikenali di realiti yang sekadar wujud di imaginasi.
sekadar bayang-bayang. iya gila. tapi itu cinta.
bercinta, boleh jadi dengan musuh kecil.
kecil-kecil kau baling batu pada aku, aku baling kayu. dan kita saling membenci sampai jatuh cinta.
bercinta, boleh jadi kerana kau terlalu baik dan sempurna di mata aku, sehingga raja segala raja; si hati terpaut.
cinta datang dan pergi.
misterius.
aneh.
tapi,
ada.
dan dia ada lama pada yang layak.
dia akan kekal lama di hati yang ikhlas.
dan cinta itu masih indah walaupun sudah habis kisahnya.
dan tentu saja paling indah kerana baru mula.
cinta itu adalah perkongsian.
komitmen.
pada aku,cinta agung pernah ada.
cinta Rasulullah pada Siti Khadijah.
cinta abah pada umi.
cinta aki pada opah. tok pada wan.
dan sebenarnya, banyak lagi.
dan cinta akan meminta pengorbanan.
kecil, besar.
semua.
cuma, jangan tamakkan cinta seorang diri.
individualistik memang relevan.
sekali sekala, kalau boleh biar selalu.
dalam bercinta, kita fikirkan orang yang kita cinta sama.
malam ini kita berkongsi tentang cinta.
dan segala yang terlintas dalam benak aku malam ini yang berkait dengan cinta.
ini bukan rujukan khas untuk definasi cinta.
bukan.
ini sekadar perkongsian.
:)
3 comments:
suka sangat..
kak rinnnnn zura tanak bercinta.. i'm too young for it :p
tapi post ni sgt best.. rasa cam nak je letak link ni kat fb.. huhu
chenta...
layak pada yang setia..
bak lagu Faizal Tahir "bencinta"
huhuhu..
payah.. perit.. suka.. manis..
Post a Comment