aku kalau boleh, tak mahu kehilangan.
tapi kehilangan itu adalah sesuatu yang telah ditakdirkan pasti untuk aku.
dan sebolehnya, aku tak mahu memulakan ayat penyata pertama dengan "kalau.."
maka, jadilah ketamakan dalam setiap rebutan momen yang ada.
setiapnya aku mahu habiskan semaksima mungkin.
dengan semua yang aku ada buat hari ini.
aku tak mahu nanti tiba saat berpisah mati,
aku akan terdetik begini,
"kalau engkau masih bernyawa, aku mahu..."
No comments:
Post a Comment