20101020

komplikasi mudah

aku manusia rumit yang mudah.
dalam semua kerumitan aku, abaikan.
dan aku akan menjadi mudah.

ada masa aku menulis meluahkan perasaan.
dengan bahasa yang ada masanya cuma aku seorang dan Tuhan saja faham.
ada masa aku menulis meluahkan sindiran,
tanpa mengharap orang yang disindir tersindir.
sekadar menulis.

aku tak menulis untuk tujuan pendidikan.
aku tak ada bakat mendidik.
tapi kalau ada yang mendapat ilmu yang baik dari tulisan aku, baguslah.

selalunya aku biar saja apa orang kata.
tentang bagaimana mereka rasa susah memahami tulisan aku.
maksud kata-kata aku.
biasanya aku akan sambut dengan senyum nipis.
dan bilang, "tak ada apa. tulisan random"
sebab memang ianya begitu.

nanti ada yang kata kalau macam tu kenapa tak privatekan blog?
sebab tak ada apa yang nak disorok dalam tulisan aku.
yang mana aku rasa tak relevan dan tak sepatutnya, aku simpanlah.
selebihnya biar di sini.

dari awal aku mula menulis.
(kalau ada yang mengikut dari awal)
aku menulis secara rawak.
tentang kehidupan seharian.
tentang jatuh dan bangun aku sejak 3 tahun lepas.
randomize. dari ryn, si nur idrin, ke beat,
(dan aku tak ingat nama lain antara dua ni)
semuanya berkisar tentang kerawakan hidup.

ada orang tegur.
aku macam biasa. senyum.
dan ada betulnya.
hidup tak komplikated mana.
aku yang komplikasikan keadaan.
dan iya, betul.
masalah kalau difikir sampai selesai, memang seronok.
dan tak ada tapi selepas pernyataan itu.

sekali lagi,
aku manusia rumit yang mudah.
jangan dilayan, dan aku akan baik-baik saja.

bila datang segala petaka,
aku cari dinding paling pejal.

*tunduk badan seperti selalu setiap kali selepas habis persembahan & undur diri dari pentas*

No comments:

front seat,