20101010

satu hari,

yang dijadikan nyata.

mula ke pentas, secara kebetulan. 1997 - menggantikan tempat seorang penari yang tak dapat turut serta untuk persembahan sempena sambutan kemerdekaan sekolah.

masuk dalam dalam lingkungan pertama, juga secara kebetulan. hari rabu diuar-uarkan. aku?
tak datang sekolah. hari khamis semasa perhimpunan pertama, aku turut serta.
budaya waja yang dikecilkan lingkungan kepada gemalai waja.

persembahan pertama, tarian asyik. sampai hari ni masih lekat dalam kepala.

2004. johor. pertama kali terdedah dengan zapin johor. terus, jatuh hati.
dan sedar, itu satu-satunya kebolehan yang ada.
yang betul boleh.
yang bukan asal boleh.

tahun demi tahun,
2006.
pertandingan pertama.
lokasi: gambang. dua puluh satu penari dan penyanyi. taksim. :)
dua bulan bertungkus lumus. kalah tak menjadi hal.
lingkungan yang rapat macam keluarga. itu yang disebut-sebut.

jejak kaki ke universiti,
jauh berjalan. membawa budaya yang satu.
bangkok, thailand; 2007
medan, indonesia; 2008.

sekali lagi ke pertandingan.
(aku tak suka sertai pertandingan. bukan atas alasan kalah menang. aku tak suka menari di bawah tekanan. menari itu seharusnya pergerakan dengan hati penuh. jiwa penuh. tanpa ada tekanan)
ukm-makum 2009.
bertungkus lumus setiap malam dari awal ogos sehingga ke oktober.
latihan siang hari semasa ramadhan.
kalah juga. tapi tak apa. sepanjang masa dengan keluarga sutera qaseh,
hati yang sarat dengan sakit, diubat sedikit demi sedikit.
keluarga besar sutera kasih mengajar banyak selain dari intrepretasi diri atas pentas.

selepas 2009, kegiatan diperlahankan.

2010, selepas tarian tolak bala di ampang.
kemenangan pertama. dengan adik2 BioSeni.
sungguh. kemenangan itu dari pertandingan kecil semata-mata.
tapi rasa dari dalam, penghargaan untuk 13 tahun. :)

dengan semua mentor dari awal.
dengan kawan-kawan yang sanggup datang.
malam 3 oktober.
dengan arjuna yang sentiasa ada.

terima kasih untuk setiapnya.
menangnya memang hal kecil.
tapi ertinya dan senyumnya.
melebar.

p/s: entri ini memang berterabur susun ayatnya.

No comments:

front seat,