20101013

surat buat hujan.

ke hadapan hujan,

yang membasahkan bumi di suatu malam yang serentak dengan gusar hati.
seperti biasa, dengan lebatnya turun engkau ke bumi malam ini,
bawalah pergi segala berat kusut di fikiran.
tenang dan damaikan malam dan hati aku ini.
yang sering mencium baumu. yang sering menanti dengan mata berkaca turunnya engkau.

hujan,

aku sudah lama benar tidak bercanda bersama engkau.
mungkinkah kerana itu jarang benar kau turun di waktu jaga aku?
mungkinkah sebenarnya itu tanda rajukmu pada aku?
aku keterlaluan celaru dengan masa dan tugas.
semoga segera selesai semua urusanku. aku rindu untuk bermain di dalam lebat turunnya kamu.
dan membiar seluruh tubuh disalut dengan titis-titis mu.

hujan sahabatku,

untuk kesekian kali.
terima kasih kerana malam ini bersama aku.
walaupun cuma sekejapan. dan aku masih di bawah bumbung rumah.
melihat engkau mencurah dari jendela kamar.
dan tersenyum kerana,
malam ini kita bertemu di sempadan yang sama.

salam sayang.
sahabatmu,

nuridrin.

No comments:

front seat,