nyamuk-nyamuk menggila malam ni.
dah tak larat nak menepis, nak menepuk, nak menggaru.
jadi aku biarkan sahaja nyamuk-nyamuk ini bermaharajalela seketika.
sementara aku membebel dengan jari jemari.
*senyum sambil kemam mulut*
seminggu dah berlalu dengan cantiknya.
kosong dan tak ada aktiviti berfaedah seperti study, ulangkaji, revisi atau apa saja.
aku tak mahu salahkan banjir yang melanda, atau pun hujan yang memanggil-manggil aku untuk lena.
*sigh*
ada seminggu lagi tinggal. sebelum raya haji dan 22 haribulan akan datang juga.
kali ini perjalanan studi agak berterabur.
tak dapat study beramai macam selalu. gara-gara banjir dan masa senggang selama 3 minggu.
mana adalah, kan? study kena study jugak.
seminggu terperuk, duduk dengan nyamuk dan hujan, ada malam-malam aku jadi bosan juga.
rasa nak balik. tapi nanti balik jugak. :) rindu si gemuk dan segala isi rumah.
harap-harap balik nanti sempat catch up semua hal dan sempat jumpa angah sebelum dia masuk semester baru.
dah dekat pukul 12. mata dah layu. malam ni tidur awal.
bye.
No comments:
Post a Comment