aku kira beruntung.
kerana dalam setiap jatuh, terjunam,
ada yang menyambut.
tangan-tangan Tuhan yang pengasih.
justeru, panahlah aku,
aku masih bernyawa dek kerana nyawa aku Tuhan beri.
bukan kau.
dan paling penting, setiap senyum aku, dikirim dari atas.
bukan semata dari engkau dulu.
kerana engkau, aku kotakkan dan simpan dengan label,
"kenangan untuk disimpan tak dibuka terus. pengajaran penting : kau ajar aku menjadi orang, kemudian kau pilih menjadi binatang"
1 comment:
nice~ ;)
Post a Comment