20101120

surat untuk sang mimpi,

selamat pagi mimpi,

khabarnya kau tak mahu membiar aku senyum tanpa sebab malam ni.
sungguh? kau lenakan aku dengan mimpi kenangan.
yang kembali ke tahun-tahun lepas.
sewaktu usia di awalnya masih angka 1.

mimpi,

sebenarnya walau yang datang itu cuma kenangan,
kesannya dalam juga, ya.
sampai bikin aku senyum dalam tidur.
sampai buat aku senang dalam alam separa sedarku.

mimpi,

cukup sampai sini kau teman tidur aku.
sebentar lagi aku mahu lelap kembali.
biar gelap saja yang meneman aku sampai jaga kembali.
aku mahu tenggelam dalam lena.

apapun, terima kasih.
kenangan itu tadi bikin aku sedar,
dalam banyak lipatan hari-hari hancur semalam,
sebenarnya ada selitan cebis-cebis yang Tuhan beri garis-garis senyum di bibir aku.

mimpi,

tolong tanya pada kenangan,
apa dia ingat lagi momen itu?

salam sayang,



dari pemimpi yang sentiasa ada harapan,
untuk jaga dan lena.

No comments:

front seat,