20110111

pulang.

kadang kita terasa seperti semuanya sudah lengkap.
habis sempurna.
ada dia, ada kita.

satu saat nanti akan Tuhan ujikan kasih kita pada-Nya.
diambil sekali pejam mata.
semuanya. hilang dalam satu hela nafas.

apa jadi pada kita?

hari-hari aku akan bangun,
meneruskan misi-misi kehidupan dari semalam.
yang tak pernah habis dan lengkap.

selesai satu misi, akan ada misi seterusnya.
dan begitulah berterus-terusan.

kadang-kadang, lelah menjadi seorang aku.
tapi memang tak ada mana-mana insan terpilih yang layak menjadi aku.
kerana aku dijadikan Tuhan menjadi aku.
menjalani segala setiap sesuatu yang dilalui, pernah dan akan datang.

sesungguhnya, aku takut betul dengan kedatangan hari-hari baru.
aku takut gagal.
walaupun, tahu, usaha meneruskan setiap hari adalah biasa-biasa sahaja.

aku tak pernah habis akal untuk berharap.
kalau ada pun sehari dua, aku putus berharap,
melayan destruktif dalam kepala,
dan sambung lagi.

penjelajahan ini tak habis sebelum Tuhan panggil pulang.

No comments:

front seat,