20110525

surat untuk dylalee,

salam untuk kamu di taman kehijauan.

wahai penguat hati saya,
kejauhan kita takkan menjauhkan hati-hati kita.
sungguhlah dugaan menduga di saat kita berjauh.
tak ada pelukan buat kamu. tak ada sentuhan penenang buat kamu.
tapi saya ada. dari jauh.
mendoakan kamu kuat. mengirim kuat yang kamu sering pinjamkan buat saya.

duhai penguat hati saya,
hati kamu diluka dan diduga,
bertabahlah. lebihnya kita dari dulu ke sekarang adalah kekuatan jiwa.
dan saya tahu kamu adalah wanita yang jiwanya kuat.
kerana itu kamu yang teratas antara empat.
dan sentiasa menjadi tempat yang di bawah bersandar.

wahai penguat hati saya,
hari-hari buruk akan berlalu, sayang.
dan matahari bersama pelangi akan muncul semula.
di hujung kaki langit, saya tunggu kamu.
untuk kita sambung berjalan ke langit tujuh.
dan di setiap mahu kamu akan hadirnya saya,
panggil dan seru.
di setiap hadir malam bersama bulan dan bintang.
dan di setiap malam gelap, saya ada.
letak di satu sudut dalam hati kamu.



salam sayang,
dari kota metropolitan.

No comments:

front seat,