20110627

kegilaan

kegilaan itu adalah kelebihan tersendiri,
kegilaan itu selalu menjadi kekuatan di mana perlu,
ada kiranya di waktu kita paling sunyi, tidak punya sesiapa,
kegilaan akan menolak kita terus ke depan, mengejar apa mahu,
cinta, cita, harta, duniawi. segala sesuatu.
kegilaan juga menolak kita menidakkan apa saja yang benar,
dan membenarkan apa yang tidak.

kegilaan adalah obsesi pada sesatu yang kita selalu percaya betul dan benar,
wujud dan ada untuk kita, tanpa perlu kira keberadaannya.

dan malam ini, kegilaan pada dunia mimpi begitu tebal.
kegilaan pada kenangan begitu kuat.
menarik-narik aku pada momen-momen tertentu.

alor setar, mei 2010.
baju merah, senyum.

perlis, julai 2010.
bukit air, baju merah yang sama. senyum pertama selepas kad dibuka.

sepanjang tahun 2010,
baju panas hitam, tegang di muka,
senyum di hujung hari,
langit petang di bulan ramadhan,
raya di jalanan.

pertengahan jun 2011,
pandangan akhir sebelum kereta melintasi,

dan malam ini, rindu menggila.
dan kegilaan mengheret hujung mata basah.
dan lekas dipujuk dengan panggilan-panggilan telefon yang masih ada.

bahawa, setiap yang diaturkan,
biar membawa dan meributkan kegilaan bagaimana pun,
segalanya diatur dengan baik.

dan pabila dipanggil aku untuk berjalan dengan kamu,
di tepi pantai kita akan ketemu semula.
dan kita akan menatap langit petang yang sama.

semoga kegilaan aku di malam ini reda.

No comments:

front seat,