filem-filem yang bagus tak perlu hanya ada pelakon yang hebat,
bajet yang besar, dan set yang gah.
filem yang bagus, adalah filem yang punya kesan pada penontonnya.
filem yang akan buat kamu mahu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan kamu.
maka, filem itu ibarat hidup.
tak perlu kaya raya,
tak perlu ramai kawan sampai beribu-ribu,
tak perlu pendidikan sampai tahap PhD,
tak perlu nama yang gah dikenal seluruh maya,
dan apabila jatuh, nanti sendiri.
meraung di hujung telefon meminta hak yang diambil pergi.
jadi pelakon harus jujur,
harus ada empati dan bukan simpati semata.
maka jadi manusia dalam filem hari-hari, harus ada hati.
harus fikir orang keliling sama.
harus ada rasa tanggungjawab.
semalam aku dibisik dengan kata penguat.
di hujung panggilan, aku tahu,
bahawa untuk salah yang tidak aku lakukan,
maka aku akan terpelihara,
selamat dari segala ancaman.
arjuna, di jauh tempat kita berpijak,
kita tahu apa yang perlu ada.
cukup begitu.
*senyum*
No comments:
Post a Comment