aku sedang mahu melawan sakit bulanan tadi.
arjuna datang mengajak makan sekali.
kedai makan yang baru pertama kali pergi.
aku sedang menyuap habuan tengah hari, dan itu dia.
kelibat seseorang lalu.
senano saat, hati berdetik, "macam kak yah"
dan kemudian segenap otak dan akal fikiran bekerja keras.
membuahkan pandangan-pandangan dan idea-idea tentang kehidupan arwah yang sangat rahsia semenjak pulang semula ke borneo.
aku terbayangkan jasad tua itu bekerja di kedai-kedai makan.
kasihan, sungguh!
semalam dalam train pulang ke rumah, hal yang sama.
aku nampak orang yang seperti arwah.
aku rindu.
aku tak pernah berhenti rindu.
walaupun pulang dan jarang luang masa,
tapi bila berjauh,
asal kredit celcom penuh,
bila-bila teringat aku tahu jari nak scroll ke mana dan dail no siapa.
macam tadi,
selalu, bila ternampak, teringat, balik office,
balik rumah, cepat-cepat dail.
kadang-kadang dalam train pun boleh.
asal sempat.
rasa hilang ni tak sama macam hilang puteh hari tu.
hilang puteh depan mata,
dalam riba.
aku tahu puteh sungguh pergi.
sebab dia habis nyawa dalam rangkul aku.
arwah kakyah pergi,
jauh seberang laut.
walhal seminggu sebelum tu, baru je telefon.
aku kacau dia berak, katanya.
gelak-gelak sikit dan terpaksa letak telefon.
masa kerja dah sampai.
arwah kakyah, bukan emak.
dia lebih pada kakak yang aku tak pernah akan ada.
dan sekarang, aku mohon Tuhan ampun segala dosa dia.
dan beri aku kekuatan jiwa,
untuk sungguh-sungguh redha.
dan untuk kuat menelan hakikat yang--
lepas ni takde orang yang sama ajar aku cakap sarawak,
takde orang akan ajar aku masak macam dia,
takde orang yang akan cakap i love you i miss you,
tak ada dah ucapan happy birthday dari borneo.
banyak yang dah takkan ada,
tapi,
lagi banyak yang tinggal. dan sebenarnya Dia lagi tahu apa yang akan ada.
pesan untuk diri sendiri,
bila-bila ingat, sedekah al-fatihah.
dan untuk arwah, aku ada misi nak di capai.

4 comments:
ala ryn-ryn. Blog ni dah jadi mood sedih.
Idrin. Akak pun ada sorang kakak yg dipanggil as Kak Ya. Dia orang sarawak, suka ajar akak cakap sarawak, selalu sms i miss u, i love u, pastu bila celcom ada credit, mmg akak akan call dia.
You know what, apa yang Idrin tulis lebih kurang sama ceritanya dengan hidup kami. Bezanya Kak Ya yang akak kenal masih ada di dunia ini.
Al fatihah buat Kak Yah Idrin. Semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin.
@qimqim (kan?) tak terkata nak balas apa.
@kaknik: thank you kak nik. selagi ada masa, ada kesempatan, ukhwah tu, peliharalah. sebab, bkn senang nak dapat semua ni. kan? :)
Yes my dear. Kuatkan semangat, jangan sedih2. Anyway, thank you. Your post memberi inspirasi untuk akak menulis kat blog akak macam Idrin, buat kak ya. Sesekali lain style dr yang biasa. Hehe.
Post a Comment