20120326

kupasan tak habis.

ini adalah perbualan antara aku sama kemahuan berfikir yang jarang datang.

manusia berubah.
kerana mahu. kerana manusia lain. kerana waktu. kerana peristiwa.
kerana keadaan. kerana disuruh. kerana terpaksa.
kerana--

jutaan sebab yang boleh disediakan oleh si perubah laku, perasaan, fikiran.

dan ukuran kematangan tak boleh dibuat oleh penolok ukur apa sekalipun. sebab si tukang ukur ada macam-macam spesifikasi yang nak dipenuhkan. it kalau seorang. kalau sepuluh, seratus apa mungkin lebih. maka mati nak menjadi matang untuk semua orang.

yang pertama, manusia boleh berubah.

aku dulu baran, kuat merajuk, sensitif gila babi, 
sekarang, diam, merajuk tak berpujuk boleh terpujuk, sensitif, aku sorang sahaja yang tahu.
tak berubah? mungkin. pada aku meter 3 sifat itu dah berada pada tahap kawalan.
maka dalam sains, itu pemboleh ubah bergerakbalas.
bergerakbalas=berubah.

ada orang dulu, sanggup merayu suruh aku pujuk abah,
pinta jangan dikahwinkan dengan orang lain, supaya peluang tetap hanya untuk dia,
akhir jadi orang yang awal-awal tarik diri. minta jadi teman sahaja.
atas sebab sudah tidak ada rasa lagi.
dulu semua sanggup. demi mendapat. kemudian tidak.
hati; berubah.

orang dalam rumah, segan-segan tak mahu,
masa puteh dan ruby mula datang rumah.
saat puteh pergi, semua ada rasa sayu.
rasa, berubah.

jadi, manusia sememangnya berubah-ubah. tak kira apa pun faktor penyebab.
maka setiap hari, pergantungan kita sebenarnya harus pada sesuatu yang tak berubah.
yang kekal.
yang sentiasa ada.
yang tak dipengaruhi rasa, hati, waktu, keadaan, nasib.

*fikir*


kemudian, kematangan.

aku ada rakan sepejabat, umur mereka 2-6 tahun bezanya dengan aku.
dan ada yang tahap kematangan, sama saja macam aku.
ada waktu dalam certain cases, macam budak sekolah saja.

ada yang tak reti langsung beza masa serius dan tidak.
aku memang jenis ketawa. orang buat lawak bodoh tak lawak langsung pun paling tidak aku sengih.
sebab nanti orang malu. aku pernah buat lawak orang tak gelak langsung.
aku rasa bodoh dan malu. so aku tak suka orang lain rasa benda yang sama.
nasiblah kalau kau punya kawan jenis tak reti peduli nak jaga malu kau.
tapi, kalau dah nampak headphone tersumbat, dan mata aku langsung tak lepas dari skrin,
bila kau keep on cerita dan ajak aku dengar cerita lawak,
walaupun itu lawak modal maharaja lawak, it won't affect me.
belajar peka dengan orang. itu sense of kematangan.

dan kematangan ada banyak lagi kalau nak kupas. tapi aku perlu masuk tidur untuk hari esok.

No comments:

front seat,