20120721

1 Ramadhan

1 Ramadhan yang mengundang rindu.
rindu pada suasana bersahur beramai, jalan kaki langkah rantai antara pagar,
sanggup tunggu lebih 40 minit demi nasi goreng ayam masak merah,
sanggup tahan kantuk melayan bual-bual pagi.
atau suasana petang, lepas penat dengan rutin ke kuliah di dragon,
dengan muka paling lemau, berjalan beriringan ke mini bazaar depan wang ulu,
beli kuih muih, nasi kerabu dua ringgit setengah,
berkumpul rumah bawah, riuh rendah cerita persiapan raya,
walhal baru sehari dua puasa, berbuka dengan gelak ketawa,
bergolek atas katil sambil tunggu isya',
berkomplot berkumpul ke surau di blok lelaki.

cerita empat tahun sudah.

tadi teringat, ini tahun kedua kita masing-masing.
apa khabar kalian?
ramadhan kali ini, kita masih panjang umur.
semoga sampai ke hujung kita masih berjuang.
mencari sejalur dua cahaya penerang di sana. 

sebelum tidur, jangan lupa niat.
;)

" Sahaja aku berpuasa esok hari, di bulan Ramadhan, kewajipan ke atas ku, kerana Allah Taala. "

No comments:

front seat,