20120827

Monday Blues Aidilfitri

Baiklah. Aku sangat banyak menaip hari ni. Di twitter khususnya.
Otak tak bergerak berfikir, aku buat kerja ikut arahan. SAHAJA.
Sebab hari Isnin, baru balik cuti seminggu. Semua beku.
Tambah aku dah MC, cuti awal sehari dari orang lain.

Entah kenapa, aku tersentap sebenarnya.
Dengan fact and the real reality. Of how life are truly now, currently happening.

Tak payah pergi jauh. Sesiapa yang kenal aku dari beat, akan rasa aku orang puitis, komplikated.
Sebenarnya dekat luar, aku taklah sekompleks ni.
Dengan kawan-kawan aku lepak, tengok wayang, gelak-gelak, semuannya normal.

TAPI,
Walau macam mana rapat pun aku dengan orang,
Aku spesies cerita hal ringan-ringan saja. Tak suka berfikir.
Hal-hal bukan intelek. Sebab, aku jenis cakap habis jujur.
Kalau aku cakap jujur, nanti sama macam mana beat boleh bikin panas hati orang,
macam itu mulut aku.

Bila dalam diam, time baca novel, atau tengah menaip macam ni,
baru otak aku berfikir dengan sendirinya.
Tentang hidup, tenang mati, tentang iman, tentang segalanya yang termampu.

Hidup aku banyak khilaf. Banyak simpang siur.
Sama je dengan hidup orang lain. Cuma, cerita lainlah versi.
Kan ke kita semua ni pelakon pentas dunia. Lain watak, lain cerita.

Jadi bila aku tengok sekeliling orang ramai berhijrah.
Buruk ke baik, biar Tuhan yang tentukan. Yang jatuhkan hukum.

Hari tu, Ummi cakap macam ni, "Ummi dah berumur. Ummi cuma nak kejar syurga. Tapi Ummi tak tahulah anak-anak dengan Abah macam mana"
Sentap! Serius!
Allah tu punya penyayang, dah banyak kali dia hadirkan rasa-rasa halus dalam diri aku.
Tapi kepala degil. Tak sedar nikmat.
Pusing ikut suka juga.
Haih. Banyak hati orang yang pernah sakit dengan aku.
Maka sampai hari ini, sebab tu aku pasrah je dengan apa yang jadi.
Bila terdaya, cepat-cepat minta maaf, kalau sedar.

Jadinya, inilah maksud tweet aku :
"Suatu hari nanti semua orang akan ada turning point. Berubah ke arah elok lagi, atau dahsyat lagi. Sendiri yang pilih. Doa biar yang elok."

 Aku tak niat kata kat orang. Aku tersedar sendiri. Kalau ada yang terasa, aku mintak ampun. Serius. Sebab bukan semua benda aku tulis pasal orang atau pasal aku. Kadang-kadang random je.

 Apa tah aku merepek. Dah, nak bungkus. Balik kerja.

No comments:

front seat,