20130605

bebelan june

sekarang dah bukan zaman orang menggila menulis dalam blog.
which is good for me. sebab aku rasa nak kembali menulis (menaip mungkin lebih sesuai)

banyak hal jadi dalam beberapa waktu ni.
aku kembali sibuk kerja. AR sedang bertungkus lumus mendapatkan kerja.
banyak dugaan antara semua ini dengan rancangan kahwin.
ahh. ini baru sedikit tentang hidup. serius.

tadi kami berdua dah gaya budak-budak baru nak up, sibuk ke starbucks,
untuk capaian internet. AR ada sesuatu yang perlu aku bantu.
sambil sengih sinis, AR sedut minuman dia dan bilang "macam minum milo je"
biasalah. harga minuman kat situ mana ada yang dua ringgit setengah.
anggap saja untuk capaian internet hampir dua jam.

aku tak tahu apa aku cukup banyak membantu dari segi seperti yang dia mahu.
at least, cuba. =)
sebab AR jenis makan bermusim, sekarang musim dia gilakan Takoyaki.
beli dua kotak, terus ke tempat char kueh teow yang dia suka.
aku? tak ada masalah. kentang goreng dan burger Ramli pun dah kira sedap.

makan, berbual. sambil aku ketawa kecil sorang-sorang dia cuma teman senyum segaris.
itu, normal kami.
pasal kahwin. hal selepas kahwin. kereta. kerja. paling menarik,
riding lesson. bukan menunggang motor. aku gayat.
dan masih sedikit fobia. tapi menunggang kuda.
aku memang dari kecil suka kuda. suka menunggang kuda. tak percaya,
bawa gambar aku dan naik ke puncak fraser.
tanyakan pakcik mail penjaga kuda dekat sana, dia kenal aku.
sampaikan pernah dapat lima round percuma untuk setiap sesi menunggang kalau naik ke fraser.
tapi, macam biasalah. mana pernah aku serius nak belajar menunggang.
dulu abah pernah offer, tapi pandang sepi.
jadi, idea AR untuk kami berdua belajar menunggang, aku sambut dengan padang bola.

*senyum sendiri lagi*
untuk hal kecil-kecil aku sudah bisa senyum. sebab cukup dengan hal kecil. aku bahagia.
terpakai baju sama tona warna, bahagia.
bila AR beli ukelele dan hadiahkan aku ukelele sempena hadiah ulang tahun, tanda kami berdua ada minat muzik, bahagia.
bila AR mula minat kucing dan prihatin pasal kucing, bahagia.
aku senang begitu. aku harap dia suka semua di atas, bukan semata sebab aku yang pengaruh.
(mungkin ada sedikit dekat part kucing)
aku harap sampai bila-bila pun aku macam ni.
bercukup dengan apa yang ada biarpun hal paling nano saiz zarah.

biar cuma dengan ucap, 'thank you, sayang' atau, 'sorry' atau,
senyum segaris dia.
dah bagai bahagia yang susah nak diungkap.

*tukar bab*

musim kawan-kawan kahwin.
kami pun nak kahwin. tapi macam aku cakap awal tadi, banyak dugaan sekarang.
duit, masa, keluarga, kerjaya.
kucing. yer, kucing. aku tak boleh ke mana-mana tanpa membawa kucing.
dalam erti kata lain, aku tak mahu berpisah dengan kucing-kucing aku.

seronok meraikan. tapi aku harus ke mana-mana dengan AR.
jadi, dengan keadaan tak stabil sekarang, dan juga kemudian kami juga tak gemar bersosial tak tentu hala.
maka banyak undangan, we have to turned it down.
aku doakan kawan-kawan semua happy.
dan yeah, sejak kahwin, ramai kawan-kawan kami yang unreachable.
lost from radar.
aku kira itu normal lah kan. sebab aku tengok artis-artis dah kahwin pun ramai macam tu.
tup-tup ada anak. tup-tup bercerai. err. should i mentioned that too?

sebut hal kahwin, dekat office memang aku dikelilingi orang-orang yang berumah tangga.
akak-akak office, so far semua happy dengan marriage life diorang.
tapi encek encek, boleh tahan jugak masalah.
agaknya, sebab lelaki ni banyak tanggungan kot. maka sebab itu kalau bab rumah tangga,
yang encek encek semua jenis serabut.
ada sorang kes nak karaoke dengan anak-anak dara office (mak dara pun ada) sanggup bohong isteri kata sedang meeting.
ada jugak yang tahan kerja dengan karenah birokrasi semata sebab sayangkan anak dan rasa terhutang budi pada isteri.
ada yang sampai berhenti kerja, balik kampung sebab sayang isteri. phew.
that's scary man.

ni belum masuk kes bercerai sebab orang ketiga, atau sebab bekas suami durjana kes tahu kahwin, buat anak dan kemudian tak boleh commit pada marriage.
that scares me sometimes. terfikir, AR nanti orang yang macam mana.
cause no one is perfect alone. apatah lagi kalau berdua, bertiga dan kira sendiri seterusnya.
i am hoping high. bukan untuk dapat marriage life yang fairy tale happily ever after,
tapi nak marriage life yang lead me to good. lead me to Him.
though *pandang diri sendiri depan cermin*
i am not that good at all. hope is there.

(i sounded like kak fynn during her early days blogging and a bit of hlovate's female character)
(screw influences)

BUT
semua tu kena cuba. kena hadap.
kena lalui.
barulah tahu.
kan?

yeah, i know.

aku pening. dan terasa nak menulis.
and this is like a crappy things.
siapa baca sampai habis, thank you.
tapi still, tak relevan kot.

2 comments:

aamalinaazman said...

heeee

sy bace smp abis ^_^


sy doakan AR dpt keje cpat, heee ;)


dan juga doakan kebahagian komeee, weeee..

chayok2! ^_^

nuridrin said...

awww. good luck tau for 3pm opportunity. :)
thank you baca. sendiri baca balik, segan.

front seat,