20100216

run baby run,

ke mana pun lari-lari.
sini hanya menunggu mati.

marah, benci, sakit hati.
bersatu berpadu.
solid.
tapi belum habis kental.
dan likat untuk membasuh segala masa lepas.

matahari, dah bukan lagi kawan paling baik.
bulan, dah tak mahu menjenguk malam aku.
awan, menjeling pun tak mahu,
bintang, dah lari jauh.
angin, dah mengalih haluan lalu.

segala sesuatu yang dipinjamkan,
diambil semula.
maka ambil lah.
apa saja.

dan tinggalkan aku dengan kosong.
lohong.
besar. dan biar kan hidup berbohong dengan aku.

bahawa semuanya akan jadi baik.
semuanya akan jadi molek.

bohong!

semuanya tak akan jadi elok.
tak akan jadi seperti yang aku mimpikan saban waktu.
tak akan!

jadi kenapa perlu bohong lagi?
dengan aku yang bodoh bendul?

lari lah, lari.
ke mana pun kaki mahu pergi.
jangan berhenti,
hatta mahu habis mati.

si aku ini.
memang habis bodoh kerana menanti.

tapi,
suatu hari nanti,
akan tiba lagi.

hari matahari datang tinggi,
hari bulan datang berani,
hari awan paling sakti,
hari bintang berteman bidadari,
hari angin menyeri.


//ini puisi + entri tentang benci. aku tahu orang sudah penat berpesan dengan aku. teman sudah habis air liur meleteri aku dengan obsesi yang satu ini. tapi, kesebatian semua rasa ini bukan boleh guna ultrafiltartion untuk pengasingan. apa jenis centrifugation, distillation pun tetap, belum boleh. serahkan ini pada masa. pada takdir. seperti aku serahkan semuanya ke tangan Dia.yang pasti, hati aku paling sakit. sebab aku rasa dikhianati. dan aku rasa ditikam bertubi. jadi aku rasa, layaknya aku membenci. dia bukan jahat. dia bukan syaitan. dia manusia seperti aku. tak sempura. aku layakkan diri memaki benci,kerana aku setakat kenal dia selama yang tiga tahun itu. dan manusia berubah.//

1 comment:

nadia said...

rinrin..syg kamu..
sometimes the most painful thing will give u such a sweet n remarkable memory at the end..so cheer up..

front seat,