20100516

dear unni,

baiklah. macam selalu. menulis lagi senang dari bercakap.:)

dear ct yoo chun-unni.

untuk malam ni kita menangis puas-puas ye.
kita menangis sebab malam ni, mulanya semua yang baru.
sekali lagi.24 minggu lepas, malam ni malam perkenalan.
dan 24 minggu selepas 30 november 2009 tu,
malam kita berpisah.
berpisah pada jarak. pada jasad.
tidak pada ukhwah. pada jalinan silatur rahim.

siapa pernah sangka, kita boleh ngam sampai macam tu sekali.siapa pernah fikir, kita boleh pillow talks almost every night.
siapa pernah fikir, kita boleh survive mcm tu.

untuk 24 minggu yang sangat penuh dengan kasih sayang,
terima kasih, kak siti.terima kasih menjaga, melayan, mendengar,
menegur, mengajar, mendidik dan lebih menjadi sandaran.
tak ada wang ringgit yang boleh beli 24 minggu tu.
tak ada orang kaya mana pun boleh dapat memori 24 minggu tu.

terima kasih sebab sudikan rin dalam rumah.
terima kasih sebab jadi kawan paling rapat 24 minggu tu.

24 minggu, cuma tempoh masa bersama dekat.
dan ada 24 tahun dan seterusnya lagi untuk berhubung.facebook ada, hp ada.
rumah pun tak jauh.
datanglah wangsa maju lagi bila-bila free.

unni, awak bukan cuma housemate 24 minggu tau.
sejak 30 november tu, awak dah macam kakak kepada saya,
budak comel yang maha dahsyat nakalnya.
awak kakak saya, kakak kepada angah & adik2.
tegurlah mana yang tidak patut.
umi dengan abah pun kata,kak siti dah macam anak. :)

raya nanti, kita raya sekali eh.
rin nak duit raya! ;p

jaga diri.jaga makan minum.
don't let the big boss bully.
tau! and, kuatkan hati macam biasa.
bila mulut-mulut orang mengata.
Tuhan ada dengan orang yang ingat pada Dia.

until we meet again.
with love,


kim-ryn.

p/s: hujan lebat kat sini. macam tahu-tahu ada hati yang menangis selebat hujan luar tu. :')

nanti, bila2 terasa macam tak kuat, dengar la lagu ni.

2 comments:

wHoSeNa said...

sedihnye bc entry ryn yg nih..~~
keep in touch ok...=))

miCkyCt said...

bc smlm tp x daya nk tulis..hari ni ok skit..
td pg p keja ramai yg tanya,knp?
dgn mata bengkak..
k.ct senyum ja..

front seat,