nasihat dan kata manis, adalah ubat kepada segala kesengsaraan yang aku alami sepanjang beberapa waktu ni.
waktu-waktu menghancur sebenarnya.
kira-kira, 30 minggu lepas,
masa tu dah nak final exam semester 1 (thn tiga)
aku adalah antara sekumpulan yang tak sabar nak pergi LI.
sebab UTAMANYA, adalah aku nak lari dari dunia hiruk pikuk.
tiap-tiap hari, saban waktu.
aku akan cakap,
"tak sabarnya nak pergi kerja. malas dah kat sini"
dan, minggu pertama dari jumlah 24 minggu pun menjelma tanggal 1 disember 2009.
percayalah, lari aku tu tak jauh mana.
sangkut. kandas. berbelas minggu kemudiannya adalah minggu-minggu menghancur.
dan kali ni, lagi dahsyat.
sebab aku seorang diri dekat klang.
tak ada anak2 sulung, tak ada Sutera Qaseh, tak ada gadis2,
tak ada sesiapa yang dekat yang aku boleh lari dan buat muka sepuluh sen konon-gembira-sangat-macam-tak-ada-masalah.
aku, all ALONE.
demi Tuhan, cuma aku ada Dia masa tu.
sampai ke hari ni.
thanks to you, dik, yang saban waktu memujuk menyuruh sangka baik dengan Dia.
thanks.
dan, tempoh berbelas-belas minggu,
dengan kerja yang aku sumpah tak reti pun nak buat,
ada pagi-paginya aku akan capai hp tekan-tekan punatnya,
dan send mesej pada semua yang aku ingat masa tu.
ada masa-masanya, aku mengadu tak ada segan.
sanggup lari jauh-jauh dari orang office sebab nak menangis.
sebab nak lepaskan jugak beban.
terima kasih awak-awak semua.
yang melayan di mana-mana saya pinta telinga & fikiran.
dan, pertengahan 24 minggu,
ada ribut kilat. datang dengan awan merah.
siap tinggalkan pelangi yang masih cantik sampai hari ni.
sebenarnya, tak pasti dengan apa ada dekat depan.
tapi, sampai ke saat ini.
gigih la jugak.
:)
hari ni, tamat 24 minggu secara rasmi.
southern edible oil industries. ini tempat pertama yang jadi tempat cari makan.
kerja pertama seumur hidup.
24 minggu, yang macam-macam.
yang kalau dekat office, dekat plant, sumpah best.
dan walaupun sedar yang bumi ni tak berputar cuma untuk aku.
walaupun 24 minggu tu banyak seksa dari bahagia.
alhamdulillah.
dah habis. dah tamat.
lusa boleh balik rumah.
2 minggu lagi balik tanah hijau.
jumpa semua yang dirindu.
kemudian balik lagi untuk cuti sebulan dekat rumah.
dan, sampai ke baris ini.
aku masih tak habis senyum mengenangkan ayat-ayat yang menenangkan hati.
walaupun, banyaknya aku hidup dalam penafian.
aku dah 24 minggu lebih matang dari sebelumnya.
:)
selamat tinggal kapar,
aku akan rindu semua yang ada.
termasuk, kucing 3 beradik yang garang nak mati tapi suka mintak makanan dekat aku.
oh, berjaya tahan air mata sampai lah masuk rumah.
dengan bantuan kunci yang umi tinggal dalam rumah,
sampai aku kena patah balik pergi kilang mintak kunci dekat housemate.
hilang kejap emosi nak sedih-sedih.
haha! macam, hagham.
okay, bye bye kapar.
;D
No comments:
Post a Comment