20101008

pesanan along untuk adik-adiknya,

kita semua, terlalu, sangat, sungguh rapat.
dan rapatnya kita-kita, macam adik beradik seibu seayah.
cuma mungkin pada keturunan, tidak. keluarga kita lain-lain.
tapi asas yang menyatukan kita semua sama.

hati.

kalau tanya aku, aku memang mudah sayang pada sesiapa pun.
hatta anak kucing tepi jalan, sekalipun orang yang tak dikenali datang,
dan merapati aku,
sampai aku jatuh sayang.

aku, memang orang yang kalau sayang,
kadang-kadang buta.
selalunya pekak.
dan paling kerap, aku tak pandai kawal situasi bila semua jadi tak terurus.

orang panggil aku, along. bukan sebab aku kaki kutip hutang.
atau pun sebab aku paling matang.
kebetulan, aku memang anak paling sulung.
dan antara kita, aku memang anak sulung, yang ikut tarikh kelahiran, keluar dulu.

tapi, dari dulu pun, aku tak pernah menjadi contoh yang terbaik untuk diikut.
aku tak cemerlang dalam pelajaran dibanding kalian.
aku bukan muslimah yang baik untuk diikut kalian.
aku tak pernah ada ciri-ciri along macam yang selalu digembargembur,
contoh ikutan.
itu, tentu saja bukan aku.
jalan hidup aku sendiri tak layak dijadikan contoh.

dan dari dulu aku rela jadi yang paling sulung.
dan cuba memberi apa yang paling aku mampu.
paling kaya dengan yang satu itu.

kasih sayang.

untuk semua. sama. macam mana aku sayangkan adik2 aku dekat rumah.
sama macam tu dengan kalian. kadang-kadang, lebih untuk kalian dari yang di rumah.

pejam celik, dah masuk tahun keempat.
jatuh, bangun.
masam, manis.
jauh, dekat.
boleh kata, lengkap sudah semua.

dan kita, lekat, terikat, dan tak mudah putus.
(percayalah, sebab asas kita, hati)

dah banyak sangat badai melanda pantai kita.
dan setiapnya kita depankan.

buangkan yang keruh dan ambil yang jernih.
salah silap yang lepas, kita jadikan contoh.

biar tak ada hati-hati terguris lagi.

*senyum segaris*

kita dah di hujung-hujung waktu.
waktu untuk bersama-sama, dah pendek sangat.
sekejap saja lagi sebelum kita mulakan langkah asing-asing.
masa enam bulan terpisah, dua tiga bulan yang awal amat menyeksakan.
aku tak reti hidup tanpa kalian.
dan sebulan dua yang awal bila kita semua kembali sebumbung,
aku jadi tak reti menjadi aku yang dulu.

banyak dah berubah sebenarnya.
kita-kita sudah matang dan membesar sendirian sepanjang enam bulan berjauhan.
dan harapnya, kejauhan tak pernah menjauhkan hati-hati antara kita.

dua tiga menjak, kita saling terasa satu sama lain.
penjelasan mudah, kerana kita sudah terlalu rapat.
dan pergantungan pada satu sama lain itu sudah seperti saudara sendiri.
makanya, adat rasa terasa, solusinya, saling bermaafan.

kalian yang pastinya tahu siapa diri kalian yang dimaksudkan,

aku tak peduli apa salah silap yang berlaku semalam.
aku cuma mahu kalian tahu,
pertama,
aku pohon dimaafkan salah dan silap aku.
dari sudut apa pun.
kata, laku, pandangan, fikiran, niat.

apa saja.

dua,
demi masa yang semakin suntuk sebelum kita saling terpisah,
aku minta coretkanlah hari-hari akhir kita ini dengan lebih banyak momen2 indah.
yang lebih manis.

biar nanti persahabatan persaudaraan kita,
jadi inspirasi dan kekuatan hidup aku.

siapa tahu, badai besar mana lagi menanti aku di depan.

kalian harus sentiasa ingat,

sayang aku tak pernah mati kalau tak dibunuh.
tak akan pernah.
insyaAllah.

5 comments:

sahrel_arof said...

sayang alonngg!!!!

shazida said...

walau tak pernah sekali sy gelar kamu along. tp saya harap yg diatas juga dpt dikekalkan untuk persahabatan kita.

dilahalida said...
This comment has been removed by the author.
dilahalida said...

sayang along juga ;)

nuridrin said...

sahrel: <3 you too!
dieda: aminn. :)
alang: ;)

front seat,