*tarik nafas dalam2*
semester ni, permulaan dia tenang.
rancak dengan macam-macam perancangan.
masuk minggu ketiga kemudian keempat. warna-warna hiatus jelas kelihatan.
sampai sekarang, (aku dah miscount minggu keberapa sekarang)
tak sempat-sempat nak betul merasa hujung minggu.
masa kualiti dengan berlima, terlimitasi.
masa kualiti dengan si merah, makin terbatas,
masa kualiti dengan gadis-gadis besi, makin hambar,
masa kualiti dengan umi, abah, adik, angah & moktam, lagilah.
ada masa-masa aku rasa nyawa dan kudrat sudah di tahap paling sedikit.
sampaikan aku jalankan semua tugasan dan kerja dengan hati paling tak ada.
kerja tanpa hati, adalah rubbish semata-mata.
(aku diajar umi & abah, mengerjakan sesuatu biar dengan hati penuh. ikhlas. hasilnya cantik. kita pun puas hati)
jujur, dari berpuluh-puluh kerja, ujian, kuiz, persembahan,
tak ada satu pun yang usaha aku sampai ke tahap dibanggakan.
kalau siap, ala kadar.
kalau boleh jawab, sebenarnya kosong,
kalau menang, puasnya, alah.
celah gigi pun tidak.
hari-hari aku lalui dengan kosong.
tahun akhir. iya tahun akhir.
yang manisnya mungkin bukan sekarang rasa.
mungkin nanti. tapi kalau nantinya cuma pahit, bagaimana?
*mengeluh berat*
janji sama abah berat.
dia tak minta apa dari aku. cuma mahu aku buat dia bangga.
dia memang selalu bangga dengan aku dari dulu.
dengan angah. dengan adik.
sebab tu tak pernah dia kata tidak untuk apa saja yang aku perlu sepanjang belajar.
mahu laptop, 2 bulan pertama dekat sini, aku sudah dapat.
mahu mp3, hari lahir tahun lepas dapat.
mahu wang, seminggu paling lambat, akaun aku berisi.
sebenarnya, tugas aku tak berat.
belajar. sampai berjaya.
cumanya, rasa beban.
tak sedia untuk situasi macam sekarang.
sampai bila?
dah hujung semester penggal pertama.
nak tak nak, ke depan juga.
jalan jugak. merangkak jugak.
ada masa-masa soal kawan-kawan jadi isu.
*senyum kelat*
ini, tak boleh elak.
yang manis tak berlama, sayang-sayang sekalian.
tapi, jadilah. dari tak ada.
pengalaman lepas mengajar aku menerima, mengambil apa ada.
dan, meneruskan yang sudah mula.
*ketap bibir*
harap-harap bangun pagi esok,
semangat juang datang semula.
sedikit demi sedikit pun tak apa.
biar cukup ke hujung.
abah, tunggu. sikit lagi.
umi, percaya kali ni, please.
angah & adik, redahkan aja semua.
kalian berlima, bertujuh, dan yang seorang itu.
memangnya aku ini komplikasi yang susah terlerai.
redhakan aku ini. boleh?
No comments:
Post a Comment