(umi paling tak suka kalau disuruh buat kerja, kami cakap "nanti" atau "kejap" dan sinonim dengan keduanya)
tapi tengah hari buta ni,
lagu tunggu sekejap dari filem p.ramlee yang bertajuk sarjan hassan,
menggamit perhatian.
tunggu sekejap wahai kanda
kerana hujan masih renyai
tunggu sekejap
dalam pelukan asmaraku
jangan bimbang
walau siang akan menjelma
malam ini
belum puas ku bercumbu dengan engkau
tunggu sekejap wahai kasih
tunggulah sampai hujan teduh
mari kudendang
jangan mengenang orang jauh
jangan pula
jangan tinggalkan daku sorang
tunggu sekejap kasih
tunggu
tak ada motif pun.
cuma teringat lagu ini. dan automatik, teringat umi.
dia tak pernah hafal tajuk lagu atau penyanyi.
tapi setiap kali pergi karaoke, dia akan menyelit di mana-mana bahagian yang dia tau nyanyi.
dia peduli apa pitching.
kalau kami bising kompelen, dia akan kata,
"nama pun karaoke. asal boleh nyanyi ikut lirik"
pssssst: agaknya, umi faham apa dari entri tiba2 mention banyak2 nama dia?
No comments:
Post a Comment