biarpun esok tak tahu apa ada terhidang untuk kita.
betul, tinggal sikit masa untuk kita bersua muka hari-hari.
untuk makan malam sekali, di tempat yang sama,
di meja yang sama.
atau ke pantai yang sama saban minggu.
atau melihat pemandangan yang sama setiap kali ke kuliah.
tapi setiapnya, tak mahal harganya.
untuk suatu masa depan yang tak pasti.
setiap apa yang kita rasa dalam hati, kita kongsi.
lebih-lebih lagi saya, yang penuh dengan rasa insecurity,
kadang-kadang sampai membikin diam dalam bual kita.
atau membikin sunyi ke hujung malam.
saya masih merasa untung ada awak.
kerana awak bikin saya jadi degil dalam lemah.
manja dalam keras.
terima kasih kerana sudikan diri menjadi guru saya.
menjadi lebih baik dari lepas.
walau terkadang, saya tetap bersikap gaya anak kecil.
masih, sampai hari ini,
saya kagum sama awak.
untuk setahun yang baru genap kita tempuhi beberapa waktu ini,
ketahuilah.
saya mahu awak ada berjalan ke pelangi.
No comments:
Post a Comment