lima tahun belakang ini,
aku cuma tahu menulis isi hati aku di atas kertas,
di muka blog. dan di dalam buku-buku nota yang bersepah tak bersusun.
aku bukan penulis lirik lagu yang bahasa dan katanya tersusun.
bukan penulis puisi yang berbicara dengan patah-patah yang mendalam dan bermaksud yang sangat abstrak.
tulisan aku yang sampai seribu di dalam ini,
adalah tentang rasa hati.
yang mulut aku punya ini, tak mampu cerita.
kerana aku tak punya hati yang kental.
yang keras untuk meluahkan. hatta pada orang yang terpaling aku percaya.
hatta pada orang yang paling memahami--setidaknya aku rasakan begitu.
dan tulisan-tulisan ini,
semalam aku rasa seakan sampah-sampah yang keluar dari hujung jemariku.
yang seharusnya menjadi penyampai isi hati,
sebaliknya menjadi belati yang mengguris hati--
--hati orang yang aku kasihkan.
dari semalam, apa yang telah aku curahkan dalam sini,
yang dibaca kalian-kalian,
seperti mahu aku padam semua.
buang dan berhenti terus menulis.
tidur semalam hanyalah definasi mata yang dipaksa pejam.
menunggu hari khamis berganti jumaat.
kerana aku orang yang kurang optimis, menunggu besok menjadi elok.
banyak yang sudah berubah di sekeliling aku.
tapi nampaknya tulisan aku masih di takuk sama.
tak ada impovasi -- improvement.
lewat kala ini, aku sudah kurang menulis, kerana aku simpankan semua isi hati.
--yang kadang-kadang muncul sebagai sebaris dua ayat
di status fesbuk, twitter. --
kerana aku tak mampu simpan pendam semua.
sebabnya, ada terlalu banyak hati yang nak dijaga.
nantilah, bila ada cerita bagus,
seperti keraian, yang penuh dengan gelak ketawa,
aku sumbatkan ke sini.
aku okay saja. kuat macam biasa.
nama pun gadis besi.
mungkin sudah lama dipegang dipimpin setiap langkah,
aku lupa bagaimana kuatnya aku menempuh hari-hari ranap.
setiapnya nak menunggu dipujuk. setiapnya nak tunggu dipahat.
terima kasih semalam.
sakit memang sakit.
paling tidak, bisa yang meresap boleh bikin jadi peringatan.
itu perlu ada orang yang paling mahu dipercaya.