20110318

setiap manusia,
lahir dengan kelebihan dan kekurangan.
titik.

aku, tak terkecuali. mempunyai kedua-duanya.
kelebihan dan kekurangan. fakta.

sejak beberapa tahun kebelakangan ni,
patah-patah perkataan ini adalah satu medium paling mujarab untuk aku bercerita.
meluahkan. mengarang. mengolah.
tentang segala sesuatu yang berlaku pada diri dan sekeliling aku.

dan beberapa waktu ni, setiap patah-patah perkataan yang aku keluarkan lebih banyak menjadi racun pada diri aku sendiri.
setiapnya bagai memakan tuan.
dan setiapnya seperti meratah aku satu persatu.
sampaikan aku jadi takut dan kelu untuk kembali menulis.

yang aku takutkan bukannya kehancuran jiwa aku kerana dimamah mereka.
tapi aku khuatir patah-patah perkataan aku lebih menusuk jiwa orang-orang sekeliling.
padahal tujuan asal aku cuma mahu berkongsi, dan bercerita.
kerana aku perasan, sepuluh tahun akhir ini,
mulut aku sudah berat untuk bercerita tentang hal selain di permukaan.
rahsia-rahsia semuanya terperuk dalam diri.
dan kadang-kadang, lain yang aku maksudnya, lain yang orang faham.

aku bukan orang-orang puisi yang ada pendidikan dan bakat2 khas.
aku cuma orang yang mengarang dan bercerita secara bebas.
tanpa ikatan.

No comments:

front seat,